Sajak Kejayaan

Seperti biasa, setiap tahun saya akan menghasilkan sebuah sajak. Jadi untuk tahun ni, sajak saya bertajuk "BERJAYA"

x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x

Saat ku keluar melangkah
melangkah keluar dari rumah
ingin cuba mencari nafkah
Ketika itu fikirangku berubah.
Pandanganku terarah
pada dua arah
sebuah lori sampah
dan sebuah kereta mewah.

Ketika melangkah dengan penuh etika
ku teringat satu ketika
ketika ku di tadika.

Teringat guru mengajar
kekadang gayanya kelakar
soalannya yang amat digemar
"Apa nak jadi bila besar?"
Ya, ku terfikir apa yang kukejar
Matlamat utama yang pasti tak tersasar
Polis, bomba ataupun askar
Guru, jurutera atau doktor pakar
Cita-cita sering bertukar
Nak jawab pun sukar.

Semua rakan sebaya
jawab ingin berjaya
semua nak hidup kaya
semua, termasuk saya.

Perhatikan,
sejak kecil kita ditanamkan
dengan satu pemikiran
pemikiran yang menyesatkan
pemikiran yang mengatakan
bahawa kekayaan pengukur kejayaan
hingga kita berani mengatakan
penoreh dan buruh binaan
para petani dan para nelayan
golongan miskin di jalanan
yang kononnya golongan bawahan
yang gagal dalam pelajaran
dikatakan,
gagal dalam kehidupan.
Yang berjaya kononnya hanya golongan yang berpelajaran
golongan usahawan,
jurutera, doktor dan pegawai kerajaan
golongan atasan dan kerabat sultan.
Hey kawan,
Fikir betul-betul, jangan buat muka terkejut
Kenapa pemikiran barat yang kita ikut
Mereka perkenalkan budaya yang kolot
Nak berjaya, harta mesti dikaut
nak berjaya harta mesti dibolot
Hidup dah jadi macam robot
hidup hanya ikut-ikut
Hidup macam di atas bot
bot yang berada di tengah-tengah laut
bot yang enjinnya tercabut
bot yang dah reput
cuma jadi tempat berpaut
hidup takut-takut
hidup ikut-ikut
Kita dah lupa ke pasal maut?
tak fikirkah tentang kehidupan selepas maut?
kehidupan selepas nyawa dicabut?
Kita dah terjerut
dalam satu komplot
Kita dah terjerat
Siapa yang pasang jerat?
Sungguh hebat
Bangsa-bangsa bangsat
Kata-kata saya kesat?
Maaf ini bukan saya punya ayat
Tapi ini ustaz-ustaz punya ayat
Saya hanya salin dan lekat
Kata-kata yang menyengat
tapi boleh jadi ubat
buat mereka yang dah terjerat.
Inginku tanya soalan yang menjerat
Ini bukan soalan yang boleh main bulat-bulat
Tapi perlukan penjelasan yang tepat
Ia perlukan pendapat
Jawapannya tersirat
Berat?
taklah, nak jawab hanya perlu lihat
Kita lihat nabi dan para sahabat
yang kaya hanya beberapa kerat
Adakah para sahabat tidak berjaya?
Hanya kerana mereka tidak kaya?
Haiyyaa...
berjaya bukan kaya
kaya bukan berjaya
Percaya?
Kalau bukan kaya,
berjaya tu macam mana?
Tuhan kan dah kata
di dalam kitab-Nya
ciri-ciri orang yang berjaya
Maka di sini kulampirkan
petikan kalam Tuhan
petikan ayat Al-Quran
Surah ke-23 tapi ini hanya terjemahan
Yang berjaya adalah yang beriman
dan dalam surah Ali-Imran
ada juga dinyatakanyang berjaya adalah yang mengajak pada kebaikan
dan mencegah kemungkaran
Ini hanya sebahagian
petikan daripada AL-Quran
Juga ada dalam azan
tentang kejayaan
Lihat, kejayaan dalam kehidupan
menurut agama bukanlah kekayaan
Tapi keimanan
siapa orang yang beriman?
itulah dia insan
yang khusyu' ketika bertemu Tuhan
yang menjauhi perkara yang melalaikan
yang zakat ditunaikan
yang menjaga kemaluan
yang solat tidak ditinggalkan
itulah dia orang yang beriman
itulah dia orang yang berjaya dalam kehidupan.
Hairan?
memang hairan
kerana itulah yang nabi pernah janjikan
bahawa orang akan kembali hairan
kepada agama dan segala suruhan.

Berbalik pada kisahku di depan rumah
nak keluar pun payah
ada orang jemur kereta mewah
di depan rumah
Wah! Lori sampah dah blah
bau takleh blah
dah lumrah.

Ada orang kata,
Orang Islam mesti kaya
Saya tak kata tak boleh kaya
cuma ingin tanya
kaya dan mewah apa beza?
nabi sendiri kaya
pendapatannya paling tinggi di kota yang bercahaya
tapi nabi tidak hidup mewah
hidup gaya macam orang susah
harta banyak boleh sedeqah
tapi zaman dah berubah
pandangan masyarakat sudah salah
mereka hidup mewah
saya tak nampak ini sunnah
mereka kata nak tunjuk gah
kononnya Islam ni tak lemah
Ini siapa punya sunnah?
Tolongla jangan jawab Pak Lah
Nabi tak ajar kita tunjuk gah
depan orang kafir yang lemah
tapi kita diajar untuk tunjuk qudwah
baru boleh berdakwah
bukan dengan bermewah
Islam tak ajar umatnya tunjuk gah dengan cara bermewah
Bahkan dalam surah Al-Baqarah
ayat 212 kalau tak salah
mengatakan orang kafir akan memandang rendah
pada kita kerana mentang-mentang mereka mewah
tapi kini kita yang mewah

dan******* ****** **h**
**a*** *** ****** **** **k**
***** ***k*** ***** ******
**** ***t** ***** ****g** ***i* (terpaksa censord sebab tak sesuai dengan tema blog saya ni)

x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x

Habis dah. Tu la, sape suruh tido tadi.

0 comments: