Result SPM - sebelum dan selepas

Ni sedikit catatanku sekitar waktu keputusan SPM dikeluarkan.

11 Mac 2009 -
jam 10 pg (lebih kurang). chat ngan amin iqbal. time tu dah terasa debaran untuk amik result.

jam 3.29 ptg. Ketika ana nak amek adik kat sekolah, tetibe terserempak ngan muallimah ain. Berborak sikit. Time tu dah rasa berdebar menunggu result, kebetulan muallimah pergi ingatkan pulak, bertambahlah seram.

12 Mac 2009 -
jam 4.30 pg. cam biase la solat hajat kan. mana la tahu ni kali terakhir solat hajat (moga-moga tak lah).

jam 10 pg. time tu tgh keje kat cc. br perasan, keadaan agak lengang. yelah. bebudak lepasan SPM tak dtg, sbb gi amik result. aku pun try search kat internet, mana tahu boleh check result online. tapi tak jumpe pon.

jam 2.00 ptg. time tgh nak siap2 keluar cc tetibe dapat panggilan dpd pejabat. wow! selalunya pelajar cemerlang je yg pejabat telefon, tapi bile aku angkat telefon, tengok-tengok adik aku yg telefon. Buat cuak je. adik aku mlm tu tidur kat skolah so dia suruh bawakkan barang dia yang tertinggal.

jam 2.15 ptg. tu antara waktu yang paling mendebarkan bgku. slps kerje singgah jap kat surau ikhlas untuk solat zohor. time tu sejarah jugak. ana solat zohor 2 kali. kira 8 rakaat la. sebab solat yang pertama tu rasa mcm tak sempurna je. (hahah, time tu br fikir solat diterima ke tak kan)

jam 3.oo ptg. aku hadir ke sekolah. ade janji ngan seseorang. nak jumpa dia jap kat desa al-amin. so ingat nak jumpa dia dulu br amik result tapi on the way nak gi rumah dia tetibe nampak mlmh rohida tgh berborak dgn 2 org kwnku, aizol dan irfan. jumpe je diorang, diorang ckp tahniah. aku pelik? mlmh kata result ana agak bagus. wow. tetibe time tu semangat nak amik result sehingga aku tangguh jap perjumpaan ngan seseorang tadi. so punye semangat nak amek result sampai silap bukak pintu (termasuk bilik mlmh). time tu terserempak ngan mlmh asyikin ahmat ngan mlmh marhamah. pastu agak segan, aku terus pergi pejabat baru sekolah menengah. Masuk je, terpampang namaku di atas sehelai kertas kuning. 11a Abdulfattah. Wow, sejak bile aku amik 11 subjek ni. tapi bile check slip, 6a1(matmod, sej, bat, fizik, psi, pqs) 3a2 (addmath, kimia, bm) 1b(bi)

alhamdulillah jugaklah. tapi kalau bi dapat "b" payah jugak ni. jpa ngan mara pun payah. tapi bersyukur je lah. time nak balik tu jumpe muhtadi.

antara org first yg aku inform pasal result tu ialah mak sendiri, ust asmadi (bekas cikgu tusyen BAT), cikgu malik (bekas cikgu tusyen addmath, kimia, fizik, bi, mat mod), rahman naufal dan assiddiq fauzan(11a 1b).

8.00 mlm. aku ade temu janji ngan sorang ustaz mlm tu kat sg sekamat, kajang. aku pergi dgn hati yg tenang lah kerana dah takde apa yg nak dirisaukan.

13 Mac 2009 -
12 mlm. aku keluar dpd rumah ust tu, nak balik rumah. tapi alang-alang dah kat sg sekamat tu, nak gi rumah man lee jap. call dia, dia br lps main badminton. pastu aku lepak ngan dia sampai la kol 4.30, br blk rumah. hahah, rasa mcm dah besar la plak kan.

0 comments: