Seronok.
Apa yang seronok?
Ada orang kata seoronok dapat jadi PM. Dapat jawatan tinggi.
Ada orang kata seronok sebab dia kaya. Boleh beli apa saja.
Ada orang kata seronok sebab dia seorang genius. Orang berilmu.
Ada orang kata seronok sebab dia banyak masa lapang. Kerja sendiri.
Dan macam-macam lagi nikmat yagn diberikan menyebabkan kita rasa seronok, lagi-lagi nikmat yang tak ramai orang mampu memilikinya.
Cuba kita fikir balik tentang perancangan Allah yang Maha Adil ini. Kenapa perasaan "seronok" ni Allah tak kurniakan kepada semua orang?
Kerana pada hakikatnya takde istilah "seronok" di dunia ini. "Seronok" ini hanya perasaan yang didalngi oleh syaitan laknatullah.
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
@Ada jawatan seronok? Ya, bagi orang yang lupa akan hari pembalasan pasti akan rasa seronok dengan jawatan. Bagi orang yang sentiasa ingat akan hari pembalasan, tiada istilah seronok ketika memegang jawatan. Yang ada hanyalah bebanan tugas dan tanggungjawab yang pasti akan dipersoalkan kelak. Jawatan haruslah digunakan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Ittaqullah.....
@Jadi kaya seronok? Ya, bagi orang yang sombong pasti berasa seronok. Bagi orang yang bertaqwa, dia tahu bahawa orang kaya juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam masyarakat. Adakah dengan menyangka sudah bayar zakat fitrah, zakat harta dan lain-lain sudah dikira terlepas daripada tanggungjawab? Adakah dengan mendermakan sebahagian daripada harta kepada mana-mana yayasan dengan tujuan memotong jumlah bayaran cukai pendapatan sudah dikira terlepas daripada tanggungjawab orang kaya? (kalau dibesarkan lagi skop ialah orang yang berduit). Apabila melihat orang miskin, kita hanya menyalahkan pihak pengurusan zakat kerana kita menyangka apabila kita sudah membayar zakat kita sudah terlepas daripada tanggungjawab membantu. Ittaqullah.....
@Seronok jadi orang berilmu? Seronok jadi orang pandai? Ya, bagi orang yang lupa diri memang akan rasa seronok. Dengan ilmunya, dia boleh mendapat jawatan tinggi. Dengan ilmu, dia boleh mencipta sesuatu yang berguna tetapi mengambil kesempatan memonopoli kekayaan hasil ciptaannya. Tetapi bagi orang yang sentiasa sedar siapa lah dirinya jika dilihat oleh Tuhan, dia akan sedar kepandaiannya haruslah digunakan untuk membantu masyarakat, mencegah kemungkaran, mengajak kepada kebaikan. Tapi apa yang berlaku sekarang, orang-orang pandai sekarang mengambil kesempatan menipu golongan yang tidak berilmu. Kepandaian tidak digunakan untuk tujuan baik, sebalinya untuk melakukan kejahatan. Ittaqullah.....
@Ada orang berasa seronok bila ada banyak masa yang terluang. Boleh berehat dirumah, berseronok-seronok, bercuti di luar negara, melepak membazir masa dan lain-lain. Ya, bagi orang yang lalai memang akan berasa seronok. Tapi bagi orang yang sedar, dia tahu bahawa masa yang terluang akan dipersoalkan. Maka haruslah dia menggunakan masanya untuk mengajak manusia kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Rasulullah sendiri selepas dilantik menjadi Rasul tidak pernah menggunakan masanya untuk berseronok-seronok. Tiada istilah "cuti" atau "masa kosong" dalam hidup baginda. Hidupnya hanya untuk menegakkan agama Islam yang suci ini. Tetapi orang sekarang, cuti-cuti dan masa kosong yang diperolehi tidak digunakan untuk memperjuangkan agama Allah, tetapi lebih suka menghabiskannya dengan menonton filem, bermain game, bercuti dan banyak lagi perkara-perkara yang disangka ada faedah. Apalah salahnya jika digunakan untuk menyeru manusia kepada Islam dan menjalankan amar makruf nahi mungkar. Ittaqullah.....
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
Jadi bagaimana ada orang menyangka nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah ini adalah untuk berseronok? Paling tidak pun, kita selalu cakap "Allah dah bagi nikmat ni, kita kenalah bersyukur".
Bersyukur? Macam mana cara bersyukur tu? Kita sangka tak tinggal solat tu dah cukup untuk dikira bersyukur. Kita menyangka dengan melaksanakan amalan fardhiah itu sudah dikira bersyukur. Tapi kita lupa, turunnya nikmat kepada kita bermakna turunnya tanggungjawab sekali kepada kita.
Kita selalu kata kepada orang yang dapat nikmat jawatan, "ini adalah tanggungjawab"
Tapi bagaimana pula dengan nikmat kekayaan, ilmu, kelapangan, kesihatan, pengaruh, terkenal dan banyak lagi? Nikmat-nikmat lain tu takde tanggungjawab ke?
Ingatlah, semua nikmat-nikmat yang dikurniakan sebenarnya datang sekali dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang berat. Kita dah rasa "keseronokan" nikmat tersebut, kenalah rasa "kesusahannya" sekali. Ingatlah, " keseronokan di dunia adalah kesusahan di akhirat dan keseronokan di akhirat adalah kerana kesusahan di dunia."
Seronok dan Susah
Labels: Mesti Baca 0 commentsDikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 3/29/2009 11:55:00 PM
Bisnes
Labels: Mesti Baca 0 comments
20 Mac, Jumaat. Time tu aku keje shift pagi, so dlm pukul 12.58am tu aku dah get ready nak tutup cyber cafe ni. Time tu ada sorang customer yg br nak keluar. Bz nampak.
Bila dia keluar tu, ceh, sombong je, cakap kuat-kuat yang dia dapat RM7000 dlm akaun dia. Borak-borak sket ngan dia, br tahu, dia ni join multilevelmarketing (mlm). Tapi versi online (kira macam uptrend gitulah).
Disebabkan aku malas nak dengar dia merapu, aku cakap je lah yang aku nak jumpa dia malam ni (kononnya minat la nak join). So aku pun sate date la ngan dia nak jumpa malam tu. Tak rugi pun dengar agent direct selling ni bercerita sebab selalunya diorang akan belanja. Tak percaya try la sendiri. Kalau yang tak belanja tu selalunya yang tak serius la.
So malam tu aku pergi la tunggu orang yang promote kat aku tu. Lepak kat bawah cc tempat aku keje tu. Ingat oran ni kaya sangat, rupanya kete buruk je. So menunggulah kitorang berdua kat bawah tu, tunggu upline dia datang. Sepanjang aku menunggu bersama dia, ada 2 bende je yang dia cakap. First, dia asyik puji upline dia. Dia kata upline dia tu hebat, kaya. Sehinggakan bila member dia datang, dari jauh lagi dia dah jerit "Haa.... Tu dia BMW member aku tu. Ko tengok, gempak tak dia? Muda-muda lagi dah drive BMW" (ceh, aku sikit pun tak heran)
Second, dia asyik dapat call je from anak dia ngan bini dia. Daripada apa yang aku dengar, dia memang ada masalah rumah tangga yang teruk. Dia cakap kat aku, dia balik nanti dia nak lempang je bini dia. (Nasib baik aku bukan anak dia).
So bila upline member dia tu sampai, sekali lagi orang tak betul yang aku jumpa tu "mengagungkan" upline dia tu (daripada ayat dia, dia mengaku upline dia tu member lama dia, tapi sepanjang aku borak ngan upline dia tu, upline dia tu tak mengaku pun orang tak betul tu member dia).
Time upline dia nak ajak gi restoran, orang tak betul tu (kalau tak silap nama dia Rosli) tetibe kata dia adahal ngan bini dia, terpaksa balik. So aku berdua-duaanlah dengan "orang kaya muda" tu.
Oppsss. Ada bende kelakar, "orang kaya muda" (nama dia Zaki) tu kata dia ada kerja lain, arkitek. Bukan setakat tu, abang dia plak jutawan (kalau tak silap bakal disenaraikan dalam 10 orang terkaya di Malaysia tahun depan). Kalau macam tu ape nak heran dia pakai BMW.
So lepas tu aku pergilah makan kat sebuah warung yang takde lesen (rasanya) di seksyen 4 tambahan. Si Zaki tu tanya kau nak makan apa. Fuhh, aku dah cakap, sape keluar ngan orang direct selling ni memang kenyang. Tapi aku ni memang jenis orang yang tak suka ambil kesempatan. Aku mintak nak minum je. Kopi Radix (first time ni). Tu pun sebab member aku yang promote dulu.
Disebabkan aku taknak panjangkan cerita, aku terus kepada point aku yang sebenarnya.
Hadith Rasulullah,
" Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim) "
Di antara tanda-tanda kecil kiamat, orang miskin berebut-rebut nak jadi kaya. Di bawah adalah sekadar lampiran :



Oklah, ni sebahagian gambar-gambar yang aku dah bosan tengok. Macam-macam. "Dulu kapcai kini Mercedez", "Saya sedang bersenang-lenang di sini, anda bagaimana?", "Bosan kerja makan gaji?" dan macam-macam lagi ayat yang agak "catchy" yang biasa digunakan oleh para mubaligh MLM ni.
Orang-orang sekarang memang kemaruk nak kaya. Nasib baik Islam haramkan judi, kalau tak memang orang Melayu dah penuh kat pusat-pusat judi.
Dan bukan sedikit orang kita yang tertipu dengan sebahagian MLM yang menipu ni.
Tapi aku bukanlah nak salahkan orang-orang yang tertipu ni. Dan juga bukan nak salahkan orang yang kemaruk nak kaya ni. Tapi disebabkan tekanan hidup yang begitu menghimpit nilah sebenarnya punca orang-orang kita jadi macam ni.
?????????????????????
Kos pendidikan yang begitu tinggi. Dicampur dengan sistem yang selalu berubah menyebabkan ibubapa terpaksa beli buku baru setiap tahun.
Kos perubatan yang begitu tinggi sehingga kadang-kadang rasa macam tak masuk akal.
Sistem riba yang diamalkan oleh bank-bank yang menindas orang ramai.
Cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan bodoh yang mengaku pandai.
Bil-bil, harga minyak dan lain-lain yang begitu tinggi jika nak dibandingkan dengan negara kafir yang lain.
Semuanya mahal kat Malaysia ni. Satu je yang murah = MARUAH ORANG BN.
??????????????????
Alang-alang aku dah tulis blog ni, aku nak promote satu bisnes la kat korang sume.
Aku ada bisnes baru ni, nak join tak? Dlm masa kegawatan ekonomi ni, nak dapat kerja pun susah, apa kat korang join aku buat bisnes. Aku tak nak bagitahu dulu la nama bisnes tu, cukup sekadar ciri-ciri dia.
bisnes online nih! Sebelum tu, aku nak tanya ko beberapa soalan, jika jawapan anda ialah tidak, maka anda PATUT menyertai bisnes ni.
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
" 1) Bolehkah anda masuk ke sebuah restoran lalu jerit sekuat hati, "OK, MAKAN SEMUA, AKU BELANJA". Boleh? Restoran tu besar, penuh pelanggan dan menunya semua mahal-mahal.
2) Bolehkah anda mendermakan RM100,000 kpd mana-mana masijd? Derma tanpa ketuk dahi? Boleh?
3) Oklah, soalan senang je lah kali ni. Bolehkah anda membeli sebuah rumah banglo mewah CASH dan sebuah kereta mewah CASH pada usia muda? Sebelum usia 28 tahun. Boleh? "
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
Ok lah, soalan dah habis. Percaya tak dgn bisnes aku tu, kalau korang join, korang boleh jawab "BOLEH" untuk semua soalan-soalan di atas.
Firstly, bisnes ni memang halal la. Tak perlu ragu. Sah di sisi Islam dan di sisi undang-undang negara.
Apa yang anda perlu lakukan? Just cari orang untuk menyertai program ni. Simple. Senang. Dijamin hari tua anda akan terjamin.
Oklah tukar mood, korang macam tak berminat je.
BISNES ONLINE / TAK PERLU JUAL BARANG / TAK PERLU MODAL BESAR / HALAL / UNTUNG BERLIPAT KALI GANDA.
CUMA CARI ORANG BAWAH.
TAKUT RUGI?
JANGAN RISAU, PERNIAGAAN INI PASTI UNTUNG.
KALAU RUGI?
PERCAYALAH, DENGAN MODAL YANG BEGITU KECIL, RUGI PUN TAK KISAH.
BERAPA MODALNYA?
RM1
HAH? ULANG BALIK?
RM1, KNP? TAK PERCAYA?
WOW FATTAH, CEPAT BONGKAR KAN RAHSIA PERNIAGAAN INTERNET INI KEPADA SAYA!!!
SABAR DULU KAWAN. SAYA PUN TAK JOIN BISNES NI....
HAH, KENAPA?
SEBAB SAYA ADA BISNES YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN LAGI
+-+-+-+-+-+-+-+--++-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-++-+-+-+-+---+--+--+--+-+-++-+-+-+-+-+
Bisnes yang lebih menguntungkan. Halal. Apa yang anda usahakan akan datang kembali kepada anda dengan keuntungan yang berlipat kali gandakan.
Tapi modalnya agak besar. Tapi jangan risau, kita boleh buat pinjaman untuk dapatkan modal tu.
"Isyyy, Fattah, aku tak suka la pinjam-pinjam ni"
Jangan risau, pinjaman ni takde bunga atau apa-apa faedah. Malah lebih menarik, pinjaman yang diapply dengan tujuan bisnes ni tak perlu dibayar balik. Bukan setakat tak payah bayar,
malah pemberi pinjaman tu terpaksa memberi pulangan yang lebih mengikut perjanjian.
Tahu kenapa? kerana perniagaan ni hanya berurusan dengan pemberi pinjaman itu sendiri. So, ok tak?
Bisnes ni dah wujud beribu tahun dahulu. Bisnes ni siap ditulis dalam Al-Quran lagi, cuma kita je yang tak mengambil iktibar daripadanya. Nak aku tunjukkan ayat dia? No hal....
“Wahai ORANG-ORANG YANG BERIMAN! Mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”
(61;10)
“Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”
(61;11)
“Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar”
(61;12)
“Sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari orang-orang beriman akan JIWA mereka dan HARTA BENDA mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh SYURGA, (disebabkan) mereka BERJUANG pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang MEMBUNUH dan TERBUNUH”
(9;111)
Maha Suci Allah. Tiada kata yang mampu menggambarkan kehebatan ganjaran itu. Itulah kemenangan yang besar!
“Dan ada lagi kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada ORANG-ORANG YANG BERIMAN”
(61;13)
“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu TIDAK ADA LAGI JUAL BELI dan tidak ada lagi syafa'at “
(2;254)
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang BERPALING TADAH dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya , mereka pula bersifat LEMAH-LEMBUT terhadap orang yang beriman dan bersikap KERAS terhadap terhadap orang-orang kafir, yang BERJIHAD di jalan Allah dan TIDAK TAKUT kepada CELAAN orang-orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurniaan Allah, yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”
(5;54)
Faham tak? Oklah, aku citer sket la. (aku ni kira macam agent la, aku citer kat orang lain, bila korang "join" aku dapat pahala yang berterusan yang tak boleh dijanjikan oleh mana-mana MLM kat dunia ni)
Mula-mula macam ni. Allah bagi kita modal kepada kita dalam bentuk tubuh badan, pelbagai jenis nikmat dan lain-lain bende sebagai bekalan untuk hidup di bumi ini. INGAT, SEMUA MODAL YANG DIBERIKAN HANYALAH PINJAMAN.
Tapi yang lebih menarik, segala pinjaman tu Allah nak beli balik daripada kita (sebagai sindiran kepada orang yang tak sedar bahawa segala yang mereka ada cuma pinjaman) sebagaimana yang Allah sebut dalam surah At-Taubah ayat 111.
Sekarang cuba anda fikir balik.
Modal = Tubuh badan, nikmat-nikmat (pinjaman)
Usaha = Kita "menjual" (mengorbankan) nyawa, tenaga, harta, masa dan segala benda yang dah dikurniakan kepada kita.
Bayar Kembali Pinjaman = Tak perlu malah modal itu dibeli kembali oleh pemberinya (Allah)
Keuntungan = Nikmat yang tak terhingga selama-lamanya
Kalau Tak Join = Pemberi pinjaman (Allah) akan kutip balik hutang-hutang hambanya (dahla hamba, tak bayar hutang plak tu) dan mencampakkan ke dalam tempat yang lebih teruk daripada penjara (neraka)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingatlah kawan-kawanku sekalian, adakah anda berasa anda telah selamat dan yakin masuk syurga tanpa berkorban demi dakwah Islam? Adakah dengan Syahadah, Solat, Puasa, Zakat, Haji sahaja sudah cukup untuk kita tidak dimasukkan ke dalam neraka?
Memang umat Islam confirm masuk syurga. Tapi adakah kita masuk syurga di tingkat yang teratas sekali? Adakah kita boleh masuk syurga terus tanpa masuk neraka terlebih dahulu?
------------------------------------------------------------------------------------------------
Credits to my friends from Hira':- Alhamdulillah, di atas usaha anda semua, ana semakin memahami erti dakwah Islamiah dan sedang mencuba untuk meningkatkan lagi pemahaman ana ke tahap yang lebih tinggi.
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 3/24/2009 11:17:00 PM
Bi'ah Solehah
Labels: Mesti Baca 0 commentsSemalam ana menghadiri mabit anjuran pembina. A programme like qiamullail lah gitu gamaknya. Tentatif pertama, sedikit pengisian dan tajuknya ialah bi'ah solehah.
Apa pentingnya bi'ah solehah?
contoh-contohnya........
1. Rasulullah berkata, jika kita ingin lihat agama seseorang, lihat dengan siapa dia berkawan.
2. Kisah seorang lelaki yg telah membunuh 100 orang, apabila dia ingin bertaubat, seorang alim telah menyuruhnya berhijrah ke satu tempat yg dipenuhi oleh orang-orang baik.
3. Nik Aziz kata, kalau kita nak cuci tong taik, kita kena cuci dari luar. Jangan kita masuk dalam tong taik tu pastu baru cuci.
4. Ikan yang lompat keluar daripada air tak bermakna bebas.
5. Orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi akan mendapat tempias bau minyak wangi manakala orang yang berkawan dengan tukang besi akan mendapat bau besi (yg busuk)
6. Anda masuk ke dalam satu bilik yang dipenuhi oleh orang-orang yang tak mandi. BUSUK. Tapi diorang tak kisah. Anda dan beberapa orang sahabat saja yang mandi dalam bilik tu. Anda tidak boleh meninggalkan bilik tu kerana anda tinggal disitu. Anda juga terpaksa bergerak di dalam bilik itu kerana anda mesti berinteraksi bersama mereka. Bagaimana?
x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x
Ya, bi'ah begitu penting. Begitu berharga. Begitu indah. Cumaku yang tak pernah menghargainya ketika masih di sekolah dahulu. Aku tak sedar bahawa adalah satu nikmat bila aku dikelilingi oleh mulut-mulut yang baik, jasad-jasad yang berakhlak mulia dan hati-hati yang berisi iman dan ukhuwah.
Apabila berada di luar, suasana itu amat payah untuk didapati. Seperti contoh 1 dan 2 yang saya kemukakan di atas, bi'ah begitu penting untuk aqidah. Apabila kita dikelilingi oleh suasana yang baik dan kawan-kawan yang beriman, iman kita akan bertambah teguh. Tidak salah untuk berinteraksi dengan masyarakat keseluruhannya, tetapi jadikanlah kawan baik anda ialah orang yang beriman. Jadikanlah diri anda selalu di dalam bi'ah kerana ia ibarat rumah yang menghalang dariapada basah hujan dan panas mentari.
Contoh ketiga, nasihat Nik Aziz. Jika kita ingin mengubah sesuatu kelompok masyarakat, kita tidak boleh menyertai masyarakat itu dengan cara mengikut budayanya dan tinggal bersama mereka dan menjadikan mereka teman rapat. Jika ini berlaku, masyarakat jahat yang ramai akan mempengaruhi si baik. Jika tidak dipengaruhi pun, dia mungkin akan dizalimi oleh masyarakat yang jahat itu.
Contoh keempat, ni yang paling best. Kata-kata ni dipetik dari satu drama Cina. Inilah sebenarnya yang banyak berlaku kepada sahabat-sahabat saya. Bila keluar saja dari sekolah yang dipenuhi bi'ah solehah, mereka rasa gembira. Rasa merdeka. Kita ibarat ikan, kita mesti hidup dalam air. Sebagaimana pentingnya ikan untuk berada di dalam air, begitulah pentingnya kita berada di dalam bi'ah. Amat rugilah sebenarnya bagi siapa yang lebih selesa berada di luar suasan Islam.
Contoh ke lima pun petikan hadith jugak. Telitilah dalam mencari teman rapatmu kerana ia berkait rapat dengan aqidah.
Dan contoh keenam ini pula ialah penutupnya. Ketika anda berada di dalam pertemuan usrah, anda ibarat bersama rakan-rakan anda yang wangi. Tetapi untuk terus hidup di muka bumi ini, anda harus bergaul dengan rakan-rakan yang "busuk" itu. Jika anda mengabaikan tanggungjawab untuk mengajak mereka "mandi". Jika tidak, mereka akan terus busuk dan anda terkena baunya. Tetapi jika anda mengajaknya mandi, bilangan orang yang busuk akan berkurangan dan kawasan yang dipenuhi orang wangi akan bertambah. Dan kawasan wangi itulah ibarat bi'ah solehah.
Tidakkah anda sedar kepentingan bi'ah? Bi'ah tidak hanya dalam sekolah tetapi kita hendaklah menjadikan kawasan yang berbi'ah solehah lebih besar lingkungannya sehinggalah merangkumi satu negara.
Bila wujudnya bi'ah, orang yg buat maksiat pula akan dilihat pelik. Entah, tak reti nak ending la. Assalamualaikum.
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 3/15/2009 04:55:00 AM
Tengok Depan ( My Suggestion for My Life )
Labels: Mesti Baca 0 commentsDi mana anda sekarang? (posting ni mungkin sesuai untuk lepasan SPM je).
Sedar tak sedar anda sekarang berada di alam baru. Masa untuk bermain sudah tamat. Masa untuk berehat sudah tamat.
Sememangnya kita hidup bukan untuk bermain, tetapi mungkin disebabkan minda kita belum mencapai tahap kematangannya menyebabkan sebahagian daripada kita hanya berfikir untuk berseronok sajaha.
Kita kena terima hakikat. Jgn asyik nak ikut-ikut orang je.
Umur berape? 17? 18? 19? 20?
Tak bolehla nak buat perangai macam budak sekolah menengah lagi.
Fasa hidup kita terbahagi kpd beberapa bahgn skrg.
20-30thn
30-40thn
40-50thn
50-tak lama dah...
Kita sekarang nak masuk fasa 20-30. Kalau ikut sorang motivator, sebenarnya ni lah tempoh untuk membina keluarga. Sbb ape? sebab tempoh ni kita mula meninggalkan keluarga mak ayah. Ada yang study jauh. Luar negara pun ada. So takut kalau lama sangat kita tinggalkan keluarga dan tak berkeluarga sendiri nanti kita dah tak biasa nak berkeluarga. Takut dah tak ingat cara-cara kita dididik dalam keluarga.
Kenapa kita kena berkeluarga awal? First, sebab kalau kita kawen lambat, takut nanti dah nak bersara tapi anak sulung baru sekolah rendah. Cube bayangkan umur si bapak dah 51, anak sulung baru darjah 3. Takke susah. Nanti dah bersara mana nak cari duit untuk sekolah anak.
Second, nabi pun kawen awal.
Third, sape nak kawin tua? tak energetic.
Lastly, kawen ni boleh elakkan kita diri daripada buat maksiat. Bukan daripada zina saja. sebenarnya banyak lagi. Bila kawen ni, kita takdela nak lepak ngan member2 sangat. Takde la nak merempit ke, try2 dadah ke, isap rokok ke, gi cc ke. Sbb bila dah kawen ni selalunya orang tahu nak balik rumah je kan. hahaha.
░░░░░æ (alt 145) alt (1456)░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░
Untuk fasa 30-40 plak, ada gak orang kawen time ni tapi kalau nak kawen fasa ni elok sekitar 30-33. Tapi paling elok 20-30thn la. Fasa 30-40thn ni sebenarnya lebih kepada nak stabilkan keluarga dan kerjaya. Fasa ni jugak sebenarnya agak paling sesuai untuk bergerak aktif dalam jemaah demi menegakkan agama sebab time ni kita masih dikira sebagai rijal atau pemuda. Jangan asyik dok fikir nak kejar dunia sangat.
░░░░░æ (alt 145) alt (1456)░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░
Untuk fasa 40-50thn plak, slalunye time ni lah minda kita mencapai tahap matang yang sepenuhnya. Dan bila dah matang ni orang dah tak fikir nak seronok2 sangat. Kan rugi kawen time ni. Dan fasa ni plak keaktifan kita dah turun sikit. So rebutlah masa muda kita kerana lepas umur 40 thn kita dah tak digelar muda dah. Kalau ada rezeki, ana pun dah ramai. Kalau kawen umur 25 thn, anak sulung dah form 3 dah.
░░░░░æ (alt 145) alt (1456)░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░
Untuk fasa "50-tak lama dah" pulak, ni kira mcm dah nak habisla. Selalunya kalau handphone nak habis bateri dia akan bagi warning, mcm tu lah hidup kita dalam fasa ni. Warning dia mungkin dalam bentuk uban, rabun, sakit2 selalu dan macam2. Time ni kita lagi tak aktif dan time ni memang selalunya kita mengharapkan bantuan anak sulung kita. Kalau anak sulung baru darjah 3 mcm mane kan? Sebab tu la kena kawen awal. Time ni selalunya orang buat kerja pun dah slow. Selalu terkenang kisah silam. Selalu teringat suasana sekolah dulu. Teringat kenangan manis bersama kawan2 dulu. Sekolah rendah, sekolah menengah, kenangan bersama mak dan ayah (yang mungkin sudah tiada ketika itu). Bila kita cube nak contact balik diorang, baru kita tahu ramai yang telah pergi. Ramai yang sudah meninggal dunia. Kita je yang tengah tunggu bila.
░░░░░æ (alt 145) alt (1456)░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░
So kalau kita fikir balik sebenarnya hidup ni tak lama. Kalau kita kata orang isap dahda tu bodoh kerana mencari keseronokan yang sementara, orang yang kejar dunia pun kita boleh kata begitu.
Jadi, akhir kalam, adakah anda bersedia untuk mengharungi keempat-empat fasa itu? adakah anda sedar bahawa anda terpaksa melaluinya? kecuali jika anda hidup tak lama.
Adakah anda bersedia untuk berkeluarga?
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 3/13/2009 08:13:00 PM
Masalah Umat
Labels: Mesti Baca 0 commentsUmat Islam sekarang di tahap yang begitu teruk. Malas nak cakap panjang. Ada dengar banyak pandangan kata umat Islam ni tak bersatu lah, takde ilmulah, miskinlah, pengecutlah, rasuahlah dan macam-macam lagi. Yang susah-susah nak fikir apa punca tu sebab apa.... Nabi dah ramal dah bende ni, betul tak? Ketika ditanya oleh para sahabat, nabi menjawab punca umat Islam jadi macam ni adalah kerana penyakit Al-Wahan, cintakan dunia dan takut mati. Bila penyakit tu takde, baru lah kita boleh maju dalam semua bidang.
Kita ni ada penyakit Al-Wahan ke? Kita bincang dalam skop kita la. Bila dapat je gaji pertama, rasa macam nak beli sesuatu. Dalam usia semuda macam ni, bende yang ana tengok handsetlah. Handsetlah bende yang orang usia sekitar ana suke beli dan selalu bertukar2 pulak tu. So bile dapat gaji je, ingat nak beli satu handset yang agak canggihla. Updated la kononnya. Ada mp3, 3g, camera dan lain-lain, walaupun dah ada satu. Tapi bila berfikir balik, what is the purpose? Apa guna? Nak dengar lagu? Kalau ada yang dengar Al-Quran tu kira baguslah. Kalau ada laah. Cuba kita berfikir secara matang. Segala duit-duit yang kita gunakan. Perlu? Terdesak? Seronok-seronok? membazir? Tu hanya diri sendiri saja yang boleh nilai. Nabi pun tak pernah hukum orang munafiq walaupun Allah dah bagitahu satu-satu nama orang munafiq kpd nabi sendiri. Dan ada jugak golongan munafiq yang memang dah jelas-jelas dia munafiq. Tapi nabi tak hukum sebab sendiri mau ingatlah. Kita takleh nak nilai iman orang. Jadi anda sendirilah yang nilai tentang bagaimana anda gunakan duit anda. Ataupun bagaimana anda guna segala teknologi yang anda ada.
Fikir style matang. Hehehe, ni ayat sahabat ana. Fikir matang macam mana? Fikir supaya apa jua yang anda lakukan adalah bermatlamat dan bukan hanya untuk seronok-seronok. Ceh macam pakar motivasi je. Saya nak amek satu kata-kata. Actually it is a part of lyrics. Sebenarnya ana tak suka ambil pandangan-pandangan artis ni. Nothing special at them. Just merosakkan orang-orang Islam dengan menunjukkan perlakuan buruk. Tapi apa yang ana nak ambil bukanlah pendapat diorang tapi just pengakuan diorang sendiri yang diluahkan ke dalam lagu dendangan mereka sendiri.
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata"
Pengakuan mereka, kenapa orang muda-mudi ni suke bercinta walaupun boleh kata semua cinta-cinta minyet ni akhirnya hanya membawa kepada kesedihan? Jawapannya kerana ketika bercinta mereka rasa seronok. Mereka rasa dunia tu indah. Betul? Maksudnya keseronokan sementara. Itu lah style fikir orang tak matang. Alasan untuk setiap perbuatannya ialah "seronok" semata-mata.
Knp main game? "seronok".
Knp lepak kat shopping complex? "seronok"
Knp dengar lagu-lagu ni? "seronok"
Knp buat program mcm ni? "seronok"
Knp lumba motor? "seronok"
Knp buat drift? "seronok"
Knp isap rokok? "seronok"
Knp isap dadah? "seronok"
Knp buat bende-bende tak elok ni? "seronok"
Kekadang bila orang lain tegur, kita ni pandai bagi hujah. Selalunya bila kita dapat jawab balik, kita akan rasa puas. Contohnya,
Seorang ayah Pak Lah (bukan nama sebenar) menegur anaknya, Khairy (bukan nama sebenar),
Pak Lah : Khairy, kenapa kamu asyik sms dengan perempuan je? Buat la bende yang berfaedah sikit.
Khairy : Bapak tak tahu. Saya sms ngan perempuan ni, nak dakwah dia. Cube bapak tengok wardina. Kan dia dapat hidayah untuk pakai tudung hanya ngan chatting ngan lelaki. Common la ayah. Saya dah besar. Saya boleh pikir. Bapak pergi tido la.
Pak Lah : Tapi Khairy.....
Khairy : Tak payah lah bapak. Bapak pun bukan baik sangat. Rompak duit rakyat. Rasuah. Peganng tangan perempuan bukan mahram. Tidur time mesyuarat. Kawan dengan Bush. Naikkan harga minyak. Tak payah lah bapak nak tunjuk baik dengan buat masjid cantik-cantik. Baik bapak beli nescafe banyak-banyak la. Baru tak ngantok. Dah lah, saya nak reply mesej ni.Kang merajuk pulak dia ni.....
Pak Lah : Awak jangan cabar saya. Saya pantang dicabar ( Hehe, kalau korang pernah dengarla Paklah cakap mcm tu )
Khairy : Saya takde masa la nak layan ayah ni. Dengar dulu pantun saya ni.
"Pencuri sekarang dah tak guna toyol
Perompak sekarang dah tak guna pistol
Sekarang kita curi dan rompak guna tol
Baru betullll.....
Ok, citer habis. cube tengok budak tadi. Pandai betul bagi alasan. Bukan budak tu je, orang-orang kita sume macam tu. Memang si bapak tu takde hujah sebab budak tu cakap pasal niat. Betul tak? dia kata niat dia nak dakwah. Sbb tu bapak dia takleh cakap apa. Nabi pun tak hukum orang munafiq hanya semata-mata dia munafiq. Kalau munafiq tu ada buat kesalahan lain citerla. Tapi bila orang tu hanya munafiq, ia melibatkan hati. Takde sape tahu kecuali Tuhan. Yang hanya boleh menilai tentang baik atau buruk bende yang kita buat itu ialah diri kita sendiri. ( Nak tambah sikit, antara sifat orang munafiq yang lain ialah suka menjawab ). So bila kita buat sesuatu tu, memang payah kalau orang lain nak tegur ( kecuali yang besar2 la macam isap dadah ).
Katakan ada orang ditangkap berdua-duaan, pastu diorang kata diorang dah bernikah. Nak jawab apa? Nak suruh diorang tunjuk sijil nikah? Mak Bapak kita pun tak bawak berjalan sijil nikah. Diorang kata diorang tak bawak. So bende ni memang melibatkan hati. Dan hanya pemikiran yang matang sahaja yang boleh menilai baik-buruk perbuatan kita.
@#$#^$#^$
Berbalik kepada cerita ana pasal hanpon tadi. Jadi bila ana pikir-pikir balik for what ana beli hanpon canggih-canggih?
Nak guna 3g? tak penting.
Nak dengar lagu? tak penting.
Nak ada bluetooth? tak penting.
Ada bluetooth pun nak transfer apa? Gambar lawak? Video lawak? themes? lagu?tak penting.
Memang bende-bende tu berguna. Tak dinafikan. Sejauh mana kita guna bende-bende tu untuk bende -bende baik? Nak jawab? jawab je dalam hati kerana hati lah yang menilainya.
Macam perekse SPMlah. Kita jawab pastu hantar kepada pengawas. Knp kene hantar? kerana ia akan diperiksa oleh pemerekse. Sama jugalah macam dalam konteks ni. Hati anda menjawab soalan saya dan hati anda sendirilah yang memeriksa dan menilainya. Tak perlu diberitau kepada orang lain. Kertas jawapan SPM pun mana ada diorang sebar kat orang lain. Hanya untuk pemeriksa saja.
Citer pasal ana pulak la. Asyik citer pasal orang politik je. Dulu memang ana minat drift. Hebat? taklah, setakat rosakkan tayar je bolehla. Takde bende yang hebatnya. Tapi dulu memang minat. Ana ada dua blog pasal drift ni.
Tapi, suatu hari, entah macam mana boleh tetibe terdetik dalam hati untuk mencemarkan duli ana untuk turun ke Shah Alam (ayat mcm sultan je kan? duli tu maksud dia tapak kasut akalu dalam bahasa jawa). Ada la beberapa aktiviti ana kat sana. Antaranya main futsal. Hahah, that is the first time i play futsal and maybe the once sbb ada orang cakap main futsal ni tak elok. tak elok untuk lutut. i dont sure about that. And malam tu ana bermalam kat rumah seorang sahabat ana. Dialah orang yang first time buat drift depan ana. Tapi sekarang dia dah berubah. Hahah. Cam tak caye je. Dia la yang banyak menasihati ana. Memang betul. Kita kene fikir style orang matang.
Antara aktiviti ana dgn dia lagi, melawat SACC. Ni kira shopping Mall untuk orang elite lah. Orang tak elite pun boleh, tapi garu kepala la nak beli. Nothing interesting there. Then we move to PAS (Plaza Alam Sentral), saje turun-turun tengok masyarakat. Kebetulan ada satu pentas kecik bukak kat ruang legar shopping mall tu. Kalau tak silap tu under AF7. Ada sorang pengacara ala Aznil time tu. Bukan gaya lawak dia tapi gaya bodoh dia. Gaya tak segan dia. Merosakkan anak-anak kecik. Menyanyi, menari dan berlakon. Ana ngan sahabat ana time tu di tingkat atas sekali. Nampaklah show tak matang tu dari jauh.
At another level of the mall, kitorang nampak sekumpulan anak muda buat aksi "shuffle". Shuffle ni sebenarnya nothing special. Berasal daripada Australia. Dihidupkan oleh budak-budak jalanan. Kalau tanya orang-orang dewasa kat Australia, diorang memang tak suka shuffle. Tak suka dan benci. Ni pengakuan dariapada student Malaysia kat sana sendiri. So dia memang terkejut bila bende yang dikategorikan sebagai sampah di Australia, secara tiba-tiba jadi emas dan pujaan pulak kat Malaysia. memang pelik budak-budak kita ni.
Tadi tu goreng je. Sekarang kita fikir balik about the main point.
Kita tengok orang-orang yang gelabah mencari keseronokan ni,
Rempit
Hip Hop
Punk
Skin Head
Mat Jiwang
Penagih Dadah
Budak-budak yang ketagih main game
Dan semua-semualah yang kita tengok tak matang ni.
Apa yang diorang ni akan jawab bila diorang dah sedar daripada benda bodoh yang diorang buat sebelum ni? Diorang akan kata "Alangkah bodohnya aku kerana menghabiskan masa muda aku dengan benda-benda yang sia-sia lagi tak berfaedah ni"
cerita ana kat Shah Alam dah Habis - Ana benar - benar menghargai ziarah tersebut walaupun sekejap - Shukran sahabatku
Jadi ana taknak debat pasal sape betul sape salah sebab ini datang daripada hati dan pemikiran. Hanya pemikiran yang matang yang boleh menjawabnya dengan betul.
Sebab bila sentuh penyakit Al-Wahan ni, kita tengok balik duit kita. Tak keterlaluan jika nak kata nabi dan para sahabat dulu beli sesuatu yang perlu saja. Untuk seronok, jauh sekali
jaaaaaaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuuuuuuh sekali. Ramai lagi saudara kita yang memerlukan duit. Palestin, Darfur, .... Kerana itu kadang-kadang, bila ana beli sesuatu yang best, untuk seronok dan tidaklah menjadi keperluan manusia, kadang-kadang rasa malu pada saudara-saudara seIslam yang lain. Sendiri bayangkanlah....
Bayangkan kita dan saudara kita ni dalam satu bilik. Tapi bezanya antara kita dengan dia, kita makan sedap. Dahlah sedap, banyak pulak tu. Kita ada hanpon. Canggih. Baju lawa. Banyak choice.
Saudara kita? Dahlah makanan tak cukup. Dahlah tak cukup, kena beratur panjang nak makan. Tak sedap pulak tu. Baju koyak rabak. Hanpon takyah citerla. Jam tangan pun takde.
Kita buat satu perbandingan simple. Dalam satu majlis makan malam. Pelbagai lapisan masyarakat dijemput, tapi dibahagikan ikut kelas. Yang VIP datang dengan kete mewah, baju mahal, ada red carpet lagi, pastu duduk tempat special.
Yang golongan biasa ni? nak parking pun payah. Kete pun apa je, malula kalau nak banding ngan kete-kete VIP ni. dah lak tu nak masuk satu hal. Kene gaduh sket ngan bodyguard Bangla, baru dapat masuk. Dah tu tempat pun ceruk-ceruk dinding je. Background meja makan pulak wayar bersepah2. Dahla sebelah speaker. Takke pekak telinga. Nak makan kene beratur panjang. Bunyi je sedap. Buffet konon. Tapi beratur macam nak ambik makanan time majlis kawen je.
Yang VIP pulak makan lagi sedap. Surf "Ala Carte". Tak payah bangun. Orang datang hantar kat meja. Dah habis, orang tolong tambahkan. Takke malu para VIP ni? Mcm mana diorang boleh bersenang ketika orang lain bersusah payah?
@$$^&%&*(*()&)^*$$%#@%^$*&^()&&%$%#$%&^^
Mungkin je kata-kata ana, nothing else to say but as my blog title, this is just my diary. So kalau ada sesape tak puas hati, ana senang je cakap, "Ko tak malu ke baca Diari orang?"
Sebagai akhir kata, ana nak lampirkan satu kata-kata.
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 3/05/2009 08:47:00 PM
Revolusi dunia Barat dan kaitannya dengan dunia Islam - (copied from http://syntoss.blogspot.com/)
Labels: Mesti Baca 0 commentsBagi masyarakat eropah yang majoritinya berpegang kepada falsafah "survival of the fittest", menjadi yang terkuat adalah bukan satu pilihan, tetapi satu kemestian. Mereka yang berada diatas (terkuat) pula akan bergantung kepada nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh mereka samada perlu atau tidak untuk membantu golongan yang lemah. Akan tetapi, sejarah lampau telah membuktikan budaya "Barbarik" yang diamalkan oleh masyarakat barat seolah-olah telah menjadi satu budaya dan tradisi yang mesti diwarisi turun-temurun sehingga menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam diri mereka
Sejak dahulu lagi, eropah memandang serong terhadap golongan wanita sehingga mereka dilayan seperti *****. Wanita diperkosa sesuka-hati, didagangkan, Dibunuh dan pelbagai lagi bentuk penyeksaan yang layaknya ditakrifkan didalam kamus BINATANG. Setelah zaman berubah, golongan wanita yang selama ini di hina dan di injak martabatnya bangkit dengan slogan-slogan kesaksamaan hak dan sebagainya. Tanpa sebarang usul periksa pula, mereka dagangkan slogan-slogan tersebut keseluruh dunia. Hasilnya, kesaksamaan yang diperjuangkan oleh mereka disambut dengan pelbagai krisis keharmonian rumah tangga yang melarut dan berpanjangan. yang pasti, krisis tersebut bukan sahaja merebak di eropah, malangnya ia merebak keseluruh dunia.
Begitu juga dengan krisis keagamaan di eropah. Agama kristian di eropah pada satu ketika dahulu mengongkong penganutnya sehingga pelbagai kekejaman telah dilakukan dalam usaha para cendekiawan eropah untuk memahami "The Law of Nature" atau dunia sains. Bermula dengan teori bumi sfera oleh galilei sehinggalah kepada teori graviti oleh Isaac Newton, semuanya menyangkal Teologi kolot pihak gereja.
Oleh kerana pihak gereja tidak mampu lagi mengekang kemaraan dunia sains, golongan ahli falsafah cetek barat seperti John Hick, Michiavelli, Karl Marx, Sigmund Freud, Max Weber, dan Emile Durkheim serta ramai lagi telah meletakkan satu asas yang merubah corak pemikiran masyarakat disana. Iaitu, Konsep "Pemisahan agama dari kehidupan" atau konsep "Secularization".
Konsep ini telah menjadi barah sehingga melahirkan pelbagai ideologi-ideologi bersifat kemanusiaan yang berorientasikan nafsu manusia seperti, fahaman Facisisme, Sosialisme, Demokrasi, monarki, Nazisme, Anarkisme, dan pelbagai lagi "isme"2 yang langsung merubah suasana politik dan kehidupan masyarakat di eropah.
Dan tanpa segan silu, mereka mendakwa bahawa mereka adalah pembawa kecerahan kedalam dunia intelektual dengan menyebarkan fahaman-fahaman sampah tersebut. Hasilnya, sehingga sekarang, tiada satu pun negara didunia ini bebas dari konflik dan krisis dek kerana memperjuangkan isme-isme bodoh dan karut mereka. Saya berpendapat, isme-isme ini tidak akan mampu bertahan kerana ia tidak mempunyai asas yang kukuh dan lahir dari pergolakan politik dan agama di eropah.
Begitu juga dengan krisis kewangan yang asalnya bermula apabila presiden US, Franklin D. Roosevelt meminda akta baru dalam dasar monetari Amerika, Beliau telah memberikan ruang kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk meminjam wang dari pihak bank dengan pelbagai tawaran dan pakej-pakej pembayaran yang tidak membebankan. Hasilnya, ramai dikalangan rakyat AS yang berisiko untuk membuat pembayaran pinjaman atau namanya telah di senarai hitam boleh membeli rumah kediaman tanpa had dan hutang pihak bank di konsolidisasikan oleh kerajaan.
Inilah punca kepada krisis subprima yang melanda sistem kewangan dunia sekarang. Pihak bank yang terpaksa akur dengan dasar monetari baru (new deal) terpaksa memberikan pinjaman berisiko tinggi kepada pembeli dan akibatnya, apabila kecairan menjadi semakin kurang dan hutang sub-prima (pinjaman berisiko tinggi) semakin bertambah, seluruh sistem tersebut lumpuh dan pihak bank kehabisan tunai untuk memberikan pinjaman dan mereka sukar untuk mendapatkan pembayaran semula dari pihak peminjam.
Akibatnya, pada pertengahan tahun 2008, dunia menyaksikan kejatuhan sebuah gergasi perbankan Amerika iaitu Bank Morgan & Stanley. Rentetan dari situlah, banyak hutang tidak berbayar bank gergasi tesebut yang terpaksa dibekukan memberikan impak keatas bank-bank lain didunia.
Kesannya, seluruh sistem kewangan global lumpuh dan kadar pengangguran dijangka meningkat dari semasa kesemasa. Kasihan, kebanyakan warga pekerja pula merupakan penduduk di Asia dan Timur tengah, manakala pemilik-pemilik perusahaan pula bersenang-lenang di vila-vila mewah mereka dibarat apabila kerajaan tempatan mengumumkan pelan "Bail-Out" yang melibatkan Bertrillion-trillion dollar (US - 8oo billion Dollar dan UK- Hampir 500 Billion Pound, dan beberapa lagi negara yang mengamalkan "bail -out solution") disalurkan sebagai bantuan pernafasan untuk perusahaan mereka.
Lain pula kisahnya di Palestin, Titik berdarah mereka bermula apabila Britain dengan sesuka hatinya membuat perjanjian belfour setelah tamat perang dunia tanpa sebarang rundingan dengan orang arab palestin. Perjanjian ini dibuat sebenarnya untuk mengusir orang-orang yahudi dari eropah yang telah sekian lama menjadi bangsa perosak dieropah. Ini dibuktikan dengan pelbagai siri kekejaman yang dilakukan oleh orang eropah keatas bangsa yahudi seperti peristiwa pembunuhan orang yahudi oleh Adolf Hitler yang melibatkan hampir 2 juta nyawa orang yahudi di kelar begitu sahaja.
Bangsa ini memang tidak mempunyai tanah air dan merempat dari sebuah negeri ke negeri lain sejak dari zaman Firaun lagi. Sejarah mereka memang kasihan jika diselami kerana sentiasa dihina dan di cerca oleh bangsa lain. Ketika mereka berhijrah ke eropah, Mereka mendapat kritikan dan cercaan kerana dikatakan merampas tanah dan pekerjaan di bumi eropah. selain itu, mereka juga didakwa merupakan pembawa penyakit berjangkit yang menular di seluruh eropah. Akibatnya, ramia dikalangan bangsa tersebut berlindung di bumi arab yang pada ketika itu berada dibawah kerajaan islam.
Sangat menghairankan kerana kerajaan arab pada ketika itu sangat menghormati hak-hak mereka malah membantu mereka melepaskan diri dari kekejaman bangsa eropah. Setelah itu, mereka tanpa rasa bersalah membunuh malah mengistiharkan perang pula keatas bangsa yang pada satu ketika dahulu membantu mereka. Lebih bodoh lagi kerana mereka sanggup bersekongkol dengan bangsa eropah yang pada suatu ketika dahulu menyeksa mereka untuk menghapuskan bangsa yang membantu mereka. Inilah sikap sebenar orang yahudi yang suka melaga-lagakan bangsa didunia demi kepentingan sendiri. Oleh kerana itulah, walaupun Allah mengiktiraf bangsa ini sebagai bangsa yang paling bijak, Laknat Allah juga keatas bangsa ini.
Krisis ini meleret sehinggalah menarik perhatian dunia dan istilahnya telah ditukar bagi mengaburi mata dunia dari konflik agama kepada krisis kemanusiaan. Dan hingga sekarang, masih ramai lagi saudara seislam kita yang buta dengan permainan mereka ini.
Setalah anda semua melihat sejarah gelap dunia barat ini, anda akan tahu bahawa segala permasalahan dunia ini sebenarnya berpunca dari kekalutan politik dan agama dieropah dan ia langsung tiada kene-mengena dengan suasana kita di Asia terutamanya Islam. Revolusi-revolusi yang dicipta dieropah hanya untuk melengkapkan nas-nas agama kristian yang tercicir ketika agama tersebut diputar dan dikarang semula oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Persoalannya, mengapa kita harus mengikut revolusi-revolusi pemikiran cetek mereka ini sedangkan Islam mempunyai sistem dan pendirian yang syumul, lengkap, dan relevan dalam semua perkara. Dari Katolik ke protestan dan seterusnya Anglican, semua teologi tersebut merupakan pelngkap kepada konsep kristianiti setelah mereka gagal menselarikan konsep kristianiti dengan dunia sains. Setelah itu, mereka perkenalkan pula konsep sekularisma.
Akan tetapi, didalam Islam, Tiada pula timbul sebarang percanggahan dalam dunia agama dan Sains, Semua logik letaknya di tangan Allah dan bukan seperti John Hick yang mengatakan bahawa "manusia merupakan standart segala sesuatu, dan apa yang kita rasakan ia benar, maka benarlah ia". Ini adalah fahaman yang absurd dan tidak logik. Masakan jika seseorang yang mengatakan bahawa ini adalah ikan benar, dan seorang yang lain pula mengatakan bahawa itu bukan ikan juga benar. Yang mana satu benar dan yang mana satu salah. hanya ada satu sahaja hakikat kebenaran dan ia bukan urusan manusia untuk menentukan yang mana benar dan yang mana salah.
Akhir kalam, saudara-saudari sekalian, sedarlah, bahawa revolusi ideologi barat langsung tidak mempunyai kena-mengena dengan adat ketimuran. dan yang lebih utama lagi, revolusi didalam ajaran agama kristian langsung tiada sangkut-paut dengan dunia Islam. Islam sudah lengkap dan sempurna dan tidak memerlukan revolusi sebagai pelengkapnya. Akan tetapi apabila sesebuah agama itu tidak lengkap, maka dari situlah bermulanya pelbagai revolusi dan kesahihan agama tersebut boleh dipertikaikan.
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 2/21/2009 11:21:00 PM
Tidak = Sebaliknya ?
Labels: Mesti Baca 0 commentsBabak 1 : "Sape nak join bisnes baru aku nih? Confirm tak merugikan anda semua. Hahaha, oklah, sape nak join boleh contact aku di .................."
Babak 2 : "Takpelah Bob, ko gi makan dulu, aku tak lapar lagi nih..."
Babak 3 : "Sabarlah mak, kejap lagi, angah tak menang lagi main game ni.."
Ok, dah habis dah sedutan pendek daripada dialog-dialog harian yang dilampirkan di atas. Ketiga-tiga babak tadi menggunakan perkataan "tak" ataupun panjangnya ialah "tidak"
Babak 1 cerita pasal ada seorang agen mlm tgh promote jualan dia dgn mengatakan bisnes dia takkan merugikan pelanggan. Tapi dia tak menjanjikan keuntungan, betul tak? Maka pelanggan tidak boleh menyalahkan agen tersebut jika tidak memperolehi apa-apa keuntungan. Jadi perkataan "tak" dalam dialog ini tidak melambangkan maksud yang sebaliknya.
Babak 2 cerita pasal Bob yang mengajak kawannya, Ali untuk makan di kantin sekolah. Tapi Ali jawab dia "tak" lapar. Tapi tak bermakna Ali kenyang. Perasaan lapar itu ialah ajakan nafsu untuk makan. Mungkin nafsu Ali lemah kerana tekanan perasaan yang dihadapinya berjaya menenggelamkan ajakan nafsu untuk makan (tak semua ajakan nafsu tu jahat). Maka sekali lagi perkataan "tak" itu tidak melambangkan makna yang sebaliknya.
Babak 3 pulak citer pasal seorang anak keduanya masuk tidur kerana hari sudah lewat malam. Anaknya pulak tengah main game dan cakap kat mak dia yang dia "tak" menang lagi main game. Tapi tak bermakna dia kalah lagi kan? Maka sekali lagi perkataan "tak" ini tidak melambangkan maksud yang sebaliknya.
So, apa tajuk sebenar kali ni?
Mcm biasala, aku lepas spm ni tetibe makin minat sangat ngan ekonomi (sblm ni minat gak, cuma tak minat sangat ngan akaun).
Ada satu artikel best, cerita pasal muslim kaya dan muslim miskin.
Zaman nabi dulu memang ada sahabat yang hidup miskin dan ada sahabat yang hidup kaya. Itu namanya rezeki. Maka ujian Allah keatas hamba-Nya ialah adakah golongan miskin tu mengeluh atau tidak dan adakah golongan kaya itu bermewahan atau tidak. Beza jugak tu antara "kaya" dan "mewah".
Orang Islam zaman sekarang ni menggunakan dalil-dalil yang tidak menggalakkan umat Islam hidup dalam kefakiran untuk mengejar harta dunia supaya kaya dan hidup mewah. Seperti babak-babak yang saya tonjolkan di atas, "tak" tidak semestinya akan membawa maksud yang sebaliknya. Rasulullah juga seorang yang kaya. Mana tidaknya, 20% daripada ghanimah (harta rampasan perang) adalah dikhususkan untuk nabi. Bayangkanlah berapa banyak jumlah peperangan yang berlaku pada zaman Nabi dahulu.
"Ada yang mengatakan jumlahnya sebanyak 26, 27 dan 29 kali. Begitu juga terdapat perang lain yang berlaku pada zaman Rasululla s.a.w. tetapi baginda s.a.w. tidak turut menyertainya yang disebut sebagai sariyyah yang juga terdapat perbezaan pendapat tentang jumlahnya. Daripada siri peperangan yang disertai oleh baginda s.a.w. ini, hanya 9 kali sahaja yang tercetus pertempuran iaitu perang iaitu Perang Badar al-Kubra, Perang Uhud, Perang al-Muraysi’ (al-Mustalaq), Perang al-Khandaq, Perang Qurayzah, Perang Khaybar, Pembukaan kota Makkah, Perang Hunayn dan Perang Taif."
Nabi memang kaya. Tapi adakah baginda mewah? Semestinya.... TIDAK. Bukan setakat nabi, ramai sahabat-sahabat nabi yang lain kita nampak seolah-olah miskin tetapi sebenarnya mereka kaya, cuma tidak mewah. Harta banyak tetapi diinfakkan kepada jalan Allah. Mereka tahu bahawa dunia ini cukup untuk keperluan manusia tetapi tidak akan cukup untuk ketamakan manusia. Dan kemewahan bukanlah termasuk di dalam keperluan.
Sebagai penutup, sekali lagi saya ingin timbulkan persoalan pokok perbincangan kali ini, Islam "tidak" menggalakkan umatnya hidup dalam kefakiran tapi adakah bermakna Islam menggalakkan umatnya hidup dalam kemewahan? Adakah anda hidup dalam kemewahan sekarang? Anda sendiri yang menilainya. Kerana di sana, lebih ramai lagi yang lebih memerlukan......
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 2/20/2009 02:39:00 AM
Antara Logik dan Tak Logik
Labels: Mesti Baca 0 commentsNak citer siktla makna perkataan "logik" kat sini.
Ada satu citer, tapi atas sebab mengandungi unsur-unsur politik yang keterlaluan, nama-nama dalam citer terpaksa di"censored".
Ada satu soalan : "Bolehkah harga minyak diturunkan?". Soalan ini ditanya kepada dua orang yang berlainan.
Orang pertama, Datuk Seri An**r Ibrahim, menjawab : Secara logiknya, harga minyak memang boleh diturunkan.
Orang kedua, Datuk Sha**ry Cheek pula menjawab : Tidak logik, mana boleh turunkan harga minyak, nanti negara akan bankrup.
Ok, citer pertama dah habis. Kedua-dua orang tu sebenarnya menjawab ikut logik masing-masing. Tapi "logik" bagi seseorang itu berbeza mengikut pengalamannya. Betul tak?
Oklah, kalau kita tanya orang zaman dahulu, bolehkan manusia terbang? Oleh sebab diorang tak pernah kenal kapa terbang, diorang akan cakap "Mana logik manusia boleh terbang !"
Tapi jika diajukan soalan yang sama pada orang zaman sekarang, mereka akan kata logik kerana mereka pernah lihat kapal terbang.
So, apa tujuan post saya kali ni? Hehehe, saje nak menyentuh persoalan "bolehkah manusia melaksanakan Islam menggunakan Logik akal".
Boleh tak? Sebenarnya ikut orang jugak. Dr Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan fatwa semasa berdasarkan segala dalil-dalil syara', logik akalnya dan berbincang dengan para ulama' sedunia.
Tapi ada sorang lagi, dia ambil dalil-dalil syara' jugak dan campur logik akal dia dan menubuhkan Islam Hadhari. Ha... yang ni tak leh pakai logik akal dia sebab ilmu dan pengalaman dia tak sesuai untuk dia keluarkan fatwa......walaupun dia dah tua.
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 2/19/2009 05:53:00 PM
Menyokong secara tidak langsung,©™
Labels: Mesti Baca 0 commentsTadi, aku tetiba sampai kat blog Afdlin Shauki. Tak tahulah. Tetibe je termasuk dalam tuh. Well, kalau tak silap aku, tajuk dia lebih kurang nak ajak sokong pengeluaran filem Malaysialah. Korang rasa kita patut sokong tak pengeluaran filem Malaysia?
Skop pertama, jika anda menyokong filem-filem keluaran Malaysia contohnya dengan membeli tiket wayang atau membeli filem-filem ini dalam bentuk cakera padat, bermakna anda menyokong persentuhan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Ini termasuk juga jika anda menyokong filem2 barat. Anda menyokong bereti anda menyokong pendedahan aurat secara terbuka. Jika anda membeli CD dan mengajak rakan-rakan atau ahli keluarga anda menontonnya, anda sebenarnya mengajak mereka melihat maksiat. Dosanya? Huh! Anda kata perempuan tak bertudung tu biasa? Maknanya Yahudi dah menang. Yahudi berjaya meracuni fikiran anda.
Skop kedua, anda tak terasa diperbodohkan ke, orang yang mengajak rakyat Malaysia menyokong barang buatan Malaysia, tapi orang yang melaungkan seruan tu sendiri tak menyokong barangan buatan Malaysia (bukan semua). Tengok kereta jenama apa diorang pakai. Pakaian jenama apa diorang pakai. Diorang bercuti di mana? Diorang sendiri berbangga dengan barangan buatan luar. Makan pun nak dekat KFC, Macdonald, Pizza Hut sedangkan orang Malaysia sendiri pun ada buat restoran jugak. Well diorang kata tak standard kalau bawak kereta proton, atau tak standard makan kat Warung Pak Ali? Kita pun boleh cakap jugak, tak standardla tengok filem Malaysia. Ni bukan saja berlaku dalam bidang perfileman je. Dalam bidang pemasaran produk lain-lain pun berlaku jugak. Agen-agen diorang guna motto "belilah produk orang kita" atau yang seumpama dengannya tapi big bos dia ada berpegang dengan prinsip "belilah barang buatan orang kita" ke? Takde. Bos-bos diorang pun rasa takde standard la guna barangan buatan Malaysia. Harap-harap bos proton setia guna proton la. Hahah. Gotcha!
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 2/15/2009 04:19:00 AM
A Simple Thing and A Corrupt System
Labels: Mesti Baca 0 commentsBaru je aku masuk ke dalam kereta, baru nak start enjin tetibe ada sorang pak cik datang ketuk cermin tingkap pintu kereta aku bahagian pemandu. Mula2 ingat dia nak pulangkan dompet aku yang tercicir, tapi rasanya tak tercicir pon. Bila aku turunkan tingkap kereta, dia cakap kat aku, "baguslah adik ni, baca doa naik kenderaan". Aku pun kebingungan. Bende yang simple cam tu pun nak dibanggakan ke? Takpelah, aku malas nak riak dpn dia lak so aku tukar tajuk cepat2. Aku tanya dia "Pak cik tau tak kat mana Celcom Centre yang terdekat kat sini?" - Part 1
Time aku usrah minggu ni, ada sorang ahli baru join. Kesian, dia langsung tak leh baca Quran. Nampaknya menjadi tanggungjawab ahli usrah aku lah untuk didik dia. Solat pun, dia cakap tak complete lima waktu. Semoga dia dilimpahi hidayah oleh Allah s.w.t. -Part 2
Antara tugasan usrah yang kitorang kene sempurnakan minggu ni ialah jaga solat 5 waktu, BERJEMAAH. Huh! Walaupun bunyi simple, tapi payah gakkan nak buat. Lagi-lagi time keje. Takkan nak ajak sorang customer gi semayang jemaah kat stor belakang tuh. Stor tu pulak memang muat sorang je. Dan lagi satu, kakitangan je yang boleh masuk stor tu. Dan banyak2 shif, shif jumaat pagi je yang tak bertembung ngan waktu solat. Hmmmh (bukan bunyi minum kopi). Terpaksalah korbankan solat jemaah. Kalau para sahabat nabi yang tengah lepak2 kat syurga tu baca blog aku mesti diorang gelak. Apalah, solat jemaah pon takleh jaga.-Part 3
Cubelah tengok org zaman sekarang ni kat Malaysia nih. Baca doa naik kenderaan pun dah dikira alim. Kalau para sahabat dulu, cerita qiam setiap hari pun kira bende biasa je. Ada satu cerita la yang aku nak share sikit kat sini. Ada sorang budak perempuan yang diinterview kata pakai tudung tu takde kaitan ngan agama, tapi ada kaitan ngan adab kesopanan orang Melayu. Tengok, dia sendiri tak tahu pakai tudung tu adalah untuk melaksanakan kewajipan seorang muslimah.
Tapi kalau nak cerita bab kerja yang mengganggu waktu solat, kita tengok sirah, nabi ngan para sahabat dulu memang takde masalah ngan waktu kerja diorang, kecuali golongan hamba lah, sebab tu tanggungjawab golongan hamba ni sikit sangat. Haji pun tak yah buat. Tapi penduduk madinah time tu memang free dari segi masa diorang. Kahwin banyak tapi ada masa jugak nak didik anak. Kerja-kerja mereka tidak menyibukkan diri mereka daripada berdakwah. Nak banding ngan zaman sekarang, dari umur 7 tahun lagi kita dah disetkan untuk sibuk. Waktu sekolah dah sehari suntuk. Malam-mala kene buat kerja rumah. Berterusanlah sampai 5 tahun mcm tu dan tahun ke 6 diorang disibukkan lagi ngan perekse besar (ni sistem kat Malaysia).
Masuk je sekolah menengah, beban semakin bertambah. Dalam tempoh lima tahun je mereka ada 2 perekse besar. Style hidup tak berubah. Sekolah sehari suntuk, malam2 buat kerja rumah. Untuk tempoh seminggu, mereka akan sibuk dan penat selama 5 hari. 2 hari diberi untuk berehat. Nampak je macam baik. Tapi hakikatnya diorang ni tetap takde masa. Budak2 zaman dulu boleh hafal Quran waktu kecik. Waktu besar pulak diorang boleh menyerlah dalam semua bidang. Budak zaman sekarang sibuk je lebih. Tuisyen berlambak2. Tapi tak leh lawan budak-budak yang ikut sistem zaman pemerintahan Islam dulu.
Bila diorang ni habis sekolah menengah, masuk universiti, makin bertambah sibuklah. Assignment berlambak2. Diorang memang takde masa nak fikir bende lain kecuali dalam sebahagian dpd masa diorang. Sistem macam ni lah yang melahirkan ramai orang yang pentingkan diri sendiri. Hampir separuh daripada umur manusia sekarang dah habis ketika zaman belajar yang sibuk.
Bila diorang ni dah start keje, bukan makin bebas tapi makin tertekan. Nak fikir keluarga, kalau yang lelaki nak kene cari nafkah. Diorang ni sume ada matlamat, iaitu untuk berjaya dalam hidup. Tapi masalahnya masyarakat sekarang seolah-olah diberi pemahaman bahawa berjaya itu adalah kaya. Islam pun menggalakkan kita berjaya dalam hidup dan tidak hidup dalam kemiskinan. Tapi Islam tak suruh kita kaya. Kalau semua orang kaya, siapa nak sapu sampah? Sape nak jadi buruh? Tapi sistem dunia sekarang menjadikan orang yang tidak kaya itu tertindas. Betul tak? Dahlah kene bayar pendidikan, perubatan pulak sentiasa meningkat kosnya. Maka dalam sistem yang bermasalah zaman sekarang ni, kalau nak senang, kene banyak duit. Maka dengan itu masyarakat zaman sekarang ni disetkan supaya sibuk cari duit. Tak cukup dengan segala-gala kos kehidupan yang tinggi, sistem riba yang dah dihapuskan oleh kerajaan Islam dulu kini telah kembali. Tapi kembali dengan nama baru. Dikenali dengan faedah, bunga, interest dan banyak lagi nama-nama lain yang bertujuan untuk mengaburi mata manusia.
Sebenarnya semua point ni adalah skop perbincangan usrah ana minggu ni. Saja nak share. Tapi kita payah nak bukti kan yang sebenarnya sistem bodoh inilah sebenarnya yang menjadikan manusia sekarang ibarat robot2 yang bekerja tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka hidup. Mereka disibukkan oleh kerja-kerja mereka, diberi sedikit hiburan2 yang melalaikan sebagai kononnya untuk melepaskan tekanan. Tengok, apa gunanya kerja kalau rasa tertekan. Zaman Islam dulu mana ada kerja sampai tertekan sebab duit bukanlah keperluan sangat. Kalau duit itu keperluan pun, ia tak diperlukan untuk kuantiti yang banyak.
Sebenarnya aku tak reti nak habiskan artikel ni. Sebab tu lah tak habis-habis lagi. Kalau nak tahu, trial SPM hari tu, panjang karangan aku lebih dpd 1000 patah perkataan sebab tak reti ending punya pasal. Lagipun tajuk dia best, pasal pemanasan global. Time SPM betul2 pulak, tajuk dia bosan, tak reti nak huraikan. Heheh. Assalamualaikum.
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 2/13/2009 10:31:00 PM
Nilai dan Harga
Labels: Mesti Baca 0 commentsNak tahu satu fakta tak? Percayakah anda jika saya kata lukisan termahal di dunia sekarang berada di empat kerja saya? Lukisan ni lebih mahal daripada lukisan Mona Lisa yang terkenal tu ! Tak percaya? Kalau tak percaya apa gunanya anda membaca blog saya kerana anda tak percayakan saya. Takpe nanti saya akan tunjukkan gambar tu.
Kepada yang takkenal lukisan mona lisa ni, saya tunjuk sikitla gambar dia, lukisan ni memang famous. Pada tahun 2006, harga dia USD670 billion! Bodoh tak org yg beli lukisan tu? Tapi tu tak pentingla. Saya dah tak pandang lukisan-lukisan mcm ni sbb kat tempat kerja saya ada lukisan yang lagi mahal dpd tu. Percaya tak?
Takpelah aku tahu korang tak caye. Takpe-takpe, nanti aku upload nanti baru korang tahu.
Untuk menambahkan suspen lagi, kita cite bende lain dulu la. Tapi perenggan ni nak cerita pasal kereta mahal pulak la. Aku pilih kete bmw z3 e36-7 yang pernah guna dalam filem james bond goldeneye dulu tu. Walaupun rupanya mcm cacat sikit (gen2 lagi lawa belakang dia) tapi harga dia mmg takleh blah. Lebih kurang USD80 ribu. Kereta yang tinggi harganya dan tinggi nilainya. Weh, jap-jap, kalau nak kata nilai dia tinggi, emmm, rasanya tak. Tapi cube tengok gambar bawah ni plak.
Heheh, bukan nak kata kete ni boleh repair gune saletep tapi nak tanya la agak2 berapa harga yang boleh dijual untuk kete yg bersaletep tuh? Kita banding ngan satu lagi bende yang Allah dah tetapkan nilainya dan disebut dalam Al-Quran iaitu emas. Emas ni kalau bentuk dia mcm2 mana pun, dia tetap sama nilai dia. Kemek ke, elok ke, bentuk cincin ke, rantai ke, nilai dia tak berubah, tetap dikira ikut berat. Oklah citer pasal bende lain plak.
Aku pernah baca buku jutawan hartanah, Azizi Ali. Dia kata bisnes jual tanah ngan rumah ni plg best sbb harga dia stabil dan tak jatuh ikut keadaan ekonomi semasa. Emm. Tak jugak. Harga tanah kat Bukit Antarabangsa, boleh jatuh harga dia dari RMberjuta-juta kpd RM 0. Bukanla nak kata takde nilai tapi takde nilai yang mutlak. So kalau tanah ni sape yang tentukan nilai dia? Kita semua lah. Heheh. Tak faham? Semua bende yang ada kat muka bumi ni sebenarnya kita yang tentukan nilai dia. Beza "harga" dgn "nilai" ialah harga ditetapkan oleh penjual manakala nilai ditetapkan oleh pembeli. Jika pembeli menganggap sesuatu itu bernilai bagi dirinya, dia sanggup beli dgn harga tinggi. Tetapi jika satu dunia sepakat untuk tidak membeli sesuatu kerana tidak menyukainya, maka harga pun akan jatuh seiring dgn nilai barang itu yang jatuh. Sebenarnya ni antara tajuk kecil skop perbincangan usrah ana minggu lepas. Memang semua bende kat muka bumi ni takde nilai yang tetap. Kalau di sisi Allah takde nilai langsung!
Oklah, berbalik kpd lukisan yang saya maksudkan tadi. Nak tengok lukisan dia? Ni ha kat bwh ni.
Hahah. Ni saya yang lukis. Harga dia USD6,000,000 trillion. Well, I tell u that seller set the price. Walaupun takde nilai, tapi saya sebagai penjual, saya yang tetapkan harga. Hehehe. Kalau ada jugak yang nak beli boleh la call saya 013-345 1989
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 2/12/2009 05:31:00 PM
Perbincangan yang Agak Menarik
Labels: Mesti Baca 0 commentsArtikel kali ni mungkin bersifat kepolitikan tapi kali ni bukan politik warung kopi yang berdebat pasal pemimpin yang masih guna keris time zaman moden ni ataupun pemimpin yang masih guna dacing time negara lain guna penimpang moden, tapi artikel ni ingin mengajak pembaca semua berfikir tentang situasi dunia masa kini.
Sebaik sahaja Dunia memasuki abad ke-21, dunia seolah-olah berubah. Kuasa Besar Tunggal Dunia, Amerika Syarikat mendakwa kita sekarang berada di dalam satu tamadun baru. Tamadun yang lebih moden. Dengan ideologi Kapitalis, dunia ini ditadbir dengan demokrasi kononnya dan dengan adil mengikut perspektif mereka. Dari segi fizikalnya pula kita boleh lihat teknologi berkembang dengan begitu pesat sekali. Dunia seolah-olah berubah menjadi planet lain dalam masa beberapa kurun sahaja. Perubahan meliputi hampir setiap aspek, pentadbiran, ekonomi, sosial, sukan, undang-undang, binaan, pengangkutan, perubatan, hiburan, pemakanan, kebebasan dunia tanpa sempadan dan banyak lagi kemajuan-kemajuan yang dapat dicapai oleh manusia-manusia yang mendakwa mereka bijak dan bertamadun. Kalau nak kira tempoh masa yang mereka (Barat) memerintah selepas kejatuhan Islam hanyalah 85 tahun (ketika artikel ini ditulis) sejak tahun 1924. Benarkah mereka ini benar-benar hebat?
Mungkin mereka kelihatan maju tapi untuk kata mereka bertamadun, sila FIKIR BALIK. Nak
buat satu bende yang sempurna mungkin memakan masa yang lama tapi kalau nak buat bende yang ala kadar je, mungkin hanya memakan masa yang singkat seperti yang mereka berjaya
lakukan. Nak kata sistem pentadbiran mereka bagus? Sistem pentadbiran
merekalah yang telah melahirkan ramai tokoh pemimpin bermasalah dan yang membuat masalah. Pemimpin-pemimpin yang dipilih melalui sistem kapitalis ini selalunya didalangi pihak-pihak yang melobi pemimpin-pemimpin yang dilantik dari belakang. Kerana itu kita lihat para pemimpin ini dipilih daripada orang yang paling tak layak sekali dari segi pemikiran mereka.
Dari segi ekonomi pula, sistem ekonomi kapitalis yang berteraskan riba secara jelas telah
mendatangkan kesan buruk dari aspek ekonomi sendiri, sosial dan agama. Sistem riba ini telah menyebabkan golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin bertambah miskin. Apabila jurang ini perbezaan darjat ini semakin besar, kesan buruk dapat dilihat dalam masyarakar mereka yang mengamalkan riba. Bukan setakat itu, golongan kaya ini turut menjadi mangsa kepada senjata riba ini apabila pembayar tidak dapat membayar balik pinjaman. Ini telah terjadi kepada banyak institusi kewangan bertaraf antarabangsa yang teruk pada tahun 1939 dahulu dan sekarang ia berulang kembali sebagai contoh keruntuhan syarikat AIG baru-baru ini.
Dari segi sosial pula, kebebasan yang mereka suarakan mengikut pemikiran mereka sendiri ternyata telah menghancurkan sistem sosial mereka sendiri. Ingat, "ikan yang keluar dari air bukan bererti bebas". Kelahiran anak luar nikah yang begitu ramai, penceraian, dan banyak lagi krisis-krisis rumah tangga yang berlaku menyebabkan masyarakat mereka menjadi rosak. Ketua pejuang hak kebebasan wanita di Amerika yang dipimpin oleh seorang wanita Yahudi selepas perang dunia ke-2 telah melahirkan ramai golongan wanita yang melupakan tanggungjawab mereka sebagai pembantu ketua keluarga.
Wanita-wanita ini kononnya ingin maju dengan mengambil tempat dan kerja lelaki dan melakukan apa sahaj yang boleh dilakukan oleh lelaki. Bila ini berlaku, kadar pengangguran lelaki (golongan yang sepatutnya bekerja) semakin bertambah kerana tempat mereka telah diisi oleh para wanita. Apabila pengangguran bertambah, maka jenayah pun akan bertambah.
Dari aspek penghakiman pula, dengan undang-undang yang digubal oleh mereka sendiri,
ternyata kegiatan jenayah tidak dapat dibendung. Hampir kebanyakan jenayah hanya dihukum dengan penjara walaupun jenis jenayah itu berbeza-beza. Kuasa pengampunan bukan lagi pada mangsa tetapi pada hakim. Tak ke bodoh ni. Sesetengah penjenyah pula dibenar ikat jamin dan sesetengahnya didenda dengan wang sebagai menebus kesalahan mereka. Walaupun denda yang dikenakan itu tinggi jumlahnya, tetapi apa yang penjenayah itu dapat daripada jenayah mereka lebih untung dan tinggi nilainya daripada denda mereka.
Dari aspek lain, teknologi pengankutan, binaan dan lain-lain, walaupun mereka mencapainya dalam masa yang pantas, ternyata kemajuan mereka tidak mesra alam. Tidak seperti
saintis-saintis pada zaman kemajuan Islam dahulu, mereka mengkaji setiap penemuan mereka. Tetapi pada hari ini, sesuatu penemuan itu dikaji baki-buruknya secara lebih mendalam hanya selepas penggunaannya sudah meluas. Telefon bimbit mampu merosakkan sel-sel manusia. Bangunan yang bahagian luarnya dipenuhi oleh cermin pula ternyata menjadi salah satu punca pemanasan global. Dalam bidang pengangkatan pula, memang sudah jelas ia mencemarkan alam sekitar. Penggunaan bahan-bahan kimia seperti pengawet, perasa dan lain-lain hanya disedari dapat mengancam kesihatan manusia selepas penggunaan bahan kimia tersebut sudah meluas. Patutlah diorang ni cepat je nampak maju sebab diorang ni buat dulu baru fikir.
Dalam bidang perubatan pulak takyah cerita lah. Penggunaan dadah secara meluas hampir dalam setiap ubat. Memanglah darurat tapi saintis Islam dulu, ketika penggunaan alkohol begitu
meluas sebagai ubat pelali, saintis Islam tetap jugak nak cari alternatif yang halal. Sbg contoh kalau kita sesat dalam hutan, memanglah boleh makan bangkai sebab darurat. Tapi lepas tu kita kenalah cari makanan yang halal sedaya upaya. Takkan nak makan najis je guna alasan darurat. lagi satu, ubat yang guna dadah ini terlalu banyak kesan sampingan. Bukan setakat ubat, alatan hospital lain dan cara rawatan moden mereka ternyata mendatangkan begitu banyak kesan sampingan. Dan paling menarik seorang doktor sendir mengaku para doktor ini telah banyak membunuh pesakit mereka tanpa mereka sedari daripada menyembuhkan pesakit mereka. Nama doktor tu Vernon Coleman dan dia telah menghasilkan banyak buku berkaitan isu ini dan salah satunya ialah " How to Stop Doctor Killing You ".
Dalam aspek hiburan pula, kalau mereka dakwa mereka maju, mereka silap. Mereka mungkin hebat tapi tak berapa hebat. Hebat lagi Al-Farabi dan lain-lain. Golongan artis kini dipuja berlebih-lebihan sedangkan mereka tak layak dipuja langsung (kebanyakkannya). Hanya
dengan suara lunak saja mereka ingat mereka hebat. Suara diorang boleh buat dunia maju ke. Lain la Al-Farabi sebab muzik dia boleh sembuhkan penyakit. Apa-apa hal pun sebenarnya golongan artis ni memang hina. Sebelum zaman Renaissance, golongan artis ni memang hina. Sebab tu kita tengok dalam cerita Phantom of The Opera, keluarga bangsawan memang tak suka kalau ada natara anak mereka yang berkahwin dengan artis. Waktu Rasulullah bersabda yang menyatakan golongan artis pada akhir zaman akan diangkat tinggi martabatnya, orang-orang dengar nabi cakap macam tu memang takleh bayangkan. Macam mana golongan yang hina menjadi mulia akhir zaman nanti? Pernah tak korang tengok model produk apa-apa lah macam model kereta ke, syampoo ke, pernah tak? Model ni menggunakan kecantikan wajah diorang untuk melariskan produk-produk tersebut. Samalah jugak macam artis, composer lagu buat lagu, then untuk melariskan lagu mereka diorang guna penyanyi-penyanyi yang suara ada kelas la kononnya. So bodoh tak orang-orang yang memuja artis ni. Kalau tengok income pun, artis la yang dapat komisen paling rendah. Kecualilah kalau artis tu dia yang compose lagu sendiri.
Kalau nak kata sistem yang diterma pakai diperingkat antarabangsa yang diketuai oleh Amerika Syarikat ni adil, jauh sekali. Jauhnya macam bumi dengan matahari kalau nak kira kelajuan jalan kaki. Dari aspek kekayaan, adakah hasil kekayaan bumi diagihkan secara adil? Tidak sama sekali. Negara kaya menjadi semakin kaya. Dahla kaya, membazir pulak tu. Dahla membazir, ada duit lebih lagi tu. Tengok, sampai tak tahu nak guna duit. Menghabiskan duit untuk menjelajah angkasa sedangkan banyak negara lain yang lebih memerlukan. Mereka yang menganggap mereka berkuasa dan bertamadun inilah sebenarnya orang yang paling tak faham maksud adil, saksama, hak, batil dan banyak lagi.
Apa yang berlaku di dunia sekarang ialah kerana apabila sesuatu itu tidak berada di tempatnya yang sebenar. Hak dan batil dicampur aduk. Keadilan disalah ertikan. Nafsu diutamakan. Si bodoh diangkat. Si bijak dibunuh. Si jahat bebas menuduh. Si baik pula hanya dihukum.
Jika anda rasa anda hidup dalam dunia yang maju, bebas, aman dan adil, anda silap! Dunia kita sekarang begitu rosak, tercemar, kotor dan tak bertamadun. Bagaimana anda
semua boleh rasa bahagia, seronok dan lalai di atas bumi yang sedang hancur ini? Di akhir artikel ini ingin saya sentuh sedikit tentang pendidikan. Sistem pendidikan bodah yang ada sekarang telah menghalang manusia menjadi hebat seperti saintis Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu. Jika anda kata mereka tidak mampu membawa kemajuan seperti sekarang, anda silap. Mereka ingin kemajuan tetapi tanpa merosakkan alam. Kerana itu kajian yang mereka lakukan begitu lama tetapi hasilnya hebat. Orang-orang zaman sekarang tidak lagi mampu menguasai banyak bidang pada usia muda mereka seperti yang dilakukan oleh para saintis Islam dahulu. Sistem kehidupan sekarang menyebabkan mereka terlau sibuk untuk memikirkan perkara dan masalah lain. Masalah-masalah yang sengaja dicipta oleh Barat menyebabkan manusia sekarang begitu sibuk untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Manusia dibekalkan dengan banyak senjata-senjata dalaman. Antaranya semangat berjuang. Ke mana perginya semangat untuk berjuang para pemuda kita? Ke mana lagi jika tidak mereka bazirkan senjata itu ke medan sukan yang sungguh melalaikan. Sukan bukan lagi setakat untuk menyihatkan badan tetapi seolah-olah menjadi satu ketagihan yang menyibukkan manusia daripada perkara lain. Mereka ada senajata lain iaitu
rasa cinta. Rasa cinta itulah yang menyebabkan mengapa para sahabat dan orang-orang Islam dahulu sanggup berperang dan berkorban. Rasa cinta kepada Allah, Rasul, Agama dan rasa cinta kepada umat Islam sendiri menyebabkan mereka sanggup berkorban. Tetapi senjata cinta itu tidak lagi para pemuda ini gunakan untuk tujuan mengembangkan Islam tetapi menggunakan senjata itu ke lembah yang hina. Bila satu senjata itu disalah guna, senjata itu akan menjadi perangkap yang akan membunuh tuannya sendiri. Nafsu yang dikurnaikan oleh Allah juga tidak digunakan untuk kebaikan. Anugerah akal tidak lagi digunakan untuk membezakan antara kebaikan dan keburukan tetapi fikiran yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada hamba-Nya telah digunakan oleh hamba-Nya untuk melawan Tuhannya sendiri.
Akhir kata, dunia sekarang tak seindah di mata.
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 2/06/2009 05:43:00 PM
Diseño e iconos por N.Design Studio | A Blogger por Blog and Web