Bi'ah Solehah

Semalam ana menghadiri mabit anjuran pembina. A programme like qiamullail lah gitu gamaknya. Tentatif pertama, sedikit pengisian dan tajuknya ialah bi'ah solehah.

Apa pentingnya bi'ah solehah?

contoh-contohnya........
1. Rasulullah berkata, jika kita ingin lihat agama seseorang, lihat dengan siapa dia berkawan.

2. Kisah seorang lelaki yg telah membunuh 100 orang, apabila dia ingin bertaubat, seorang alim telah menyuruhnya berhijrah ke satu tempat yg dipenuhi oleh orang-orang baik.

3. Nik Aziz kata, kalau kita nak cuci tong taik, kita kena cuci dari luar. Jangan kita masuk dalam tong taik tu pastu baru cuci.

4. Ikan yang lompat keluar daripada air tak bermakna bebas.

5. Orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi akan mendapat tempias bau minyak wangi manakala orang yang berkawan dengan tukang besi akan mendapat bau besi (yg busuk)

6. Anda masuk ke dalam satu bilik yang dipenuhi oleh orang-orang yang tak mandi. BUSUK. Tapi diorang tak kisah. Anda dan beberapa orang sahabat saja yang mandi dalam bilik tu. Anda tidak boleh meninggalkan bilik tu kerana anda tinggal disitu. Anda juga terpaksa bergerak di dalam bilik itu kerana anda mesti berinteraksi bersama mereka. Bagaimana?

x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x

Ya, bi'ah begitu penting. Begitu berharga. Begitu indah. Cumaku yang tak pernah menghargainya ketika masih di sekolah dahulu. Aku tak sedar bahawa adalah satu nikmat bila aku dikelilingi oleh mulut-mulut yang baik, jasad-jasad yang berakhlak mulia dan hati-hati yang berisi iman dan ukhuwah.

Apabila berada di luar, suasana itu amat payah untuk didapati. Seperti contoh 1 dan 2 yang saya kemukakan di atas, bi'ah begitu penting untuk aqidah. Apabila kita dikelilingi oleh suasana yang baik dan kawan-kawan yang beriman, iman kita akan bertambah teguh. Tidak salah untuk berinteraksi dengan masyarakat keseluruhannya, tetapi jadikanlah kawan baik anda ialah orang yang beriman. Jadikanlah diri anda selalu di dalam bi'ah kerana ia ibarat rumah yang menghalang dariapada basah hujan dan panas mentari.

Contoh ketiga, nasihat Nik Aziz. Jika kita ingin mengubah sesuatu kelompok masyarakat, kita tidak boleh menyertai masyarakat itu dengan cara mengikut budayanya dan tinggal bersama mereka dan menjadikan mereka teman rapat. Jika ini berlaku, masyarakat jahat yang ramai akan mempengaruhi si baik. Jika tidak dipengaruhi pun, dia mungkin akan dizalimi oleh masyarakat yang jahat itu.

Contoh keempat, ni yang paling best. Kata-kata ni dipetik dari satu drama Cina. Inilah sebenarnya yang banyak berlaku kepada sahabat-sahabat saya. Bila keluar saja dari sekolah yang dipenuhi bi'ah solehah, mereka rasa gembira. Rasa merdeka. Kita ibarat ikan, kita mesti hidup dalam air. Sebagaimana pentingnya ikan untuk berada di dalam air, begitulah pentingnya kita berada di dalam bi'ah. Amat rugilah sebenarnya bagi siapa yang lebih selesa berada di luar suasan Islam.

Contoh ke lima pun petikan hadith jugak. Telitilah dalam mencari teman rapatmu kerana ia berkait rapat dengan aqidah.

Dan contoh keenam ini pula ialah penutupnya. Ketika anda berada di dalam pertemuan usrah, anda ibarat bersama rakan-rakan anda yang wangi. Tetapi untuk terus hidup di muka bumi ini, anda harus bergaul dengan rakan-rakan yang "busuk" itu. Jika anda mengabaikan tanggungjawab untuk mengajak mereka "mandi". Jika tidak, mereka akan terus busuk dan anda terkena baunya. Tetapi jika anda mengajaknya mandi, bilangan orang yang busuk akan berkurangan dan kawasan yang dipenuhi orang wangi akan bertambah. Dan kawasan wangi itulah ibarat bi'ah solehah.

Tidakkah anda sedar kepentingan bi'ah? Bi'ah tidak hanya dalam sekolah tetapi kita hendaklah menjadikan kawasan yang berbi'ah solehah lebih besar lingkungannya sehinggalah merangkumi satu negara.

Bila wujudnya bi'ah, orang yg buat maksiat pula akan dilihat pelik. Entah, tak reti nak ending la. Assalamualaikum.

0 comments: