Di sini ana lampirkan sajak-sajak ana yg sebelum ni, ada org mintak.
1. Lumpur
Sajak ni dibuat untuk ujian lisan Bahasa Malaysia Tingkatan 4.
Nama kau lumpur
hasil daripada campur-campur
tanah dan air yang bercampur baur
namun kau tetap masyhur
Di kalangan Melayu kau masyhur
namun Mat Salleh hanya kenal Kuala Lumpur
orang hanya memandangmu tanda mundur
namun keranamu tanah menjadi subur
Kau dilihat sebagai tanah yang lebur
namun keranamu gajah boleh tersungkur
bukan melalui rupa kehebatanmu diukur
tetapi banyak mana jasa yang kau tabur
Satu perumpamaan buat tanah dan lumpur
kau bagai tebing dengan aur
bagai pelarian dengan negara Darfur
bagai sangkar dengan burung tekukur
Bagi pembersih kau kotor
bagi pembunuh kau kubur
pagi peneroka kau susur
bagi petani kau tempat tanam sayur
yang ketawa, sendawa dan yang berdengkur
yang pakai baju batik dan baju berjalur-jalur
semua terpaksa akur
bahawa kerana kaulah tanah subur
(Semua orang ada kelebihan)
2. Pemijak Matahari
Sajak kedua ni ana buat time tingkatan 5, just for a homework.
Umatku semakin lemah
Umatku hanya berbalah
Ungkapan manis hanya di lidah
Slogan dijulang tinggi menggalah
Bantahan hanya pada makalah
Sedangkan diri hanya pasrah
Keadaan bagai retak menanti belah
Perlakuan tanpa memikirkan natijah
Berbincang hanya sebagai helah
Hanya mencari siapa yang salah
Pemimpin hanya sibuk berkelah
Ketika bumi dibasahi darah
yang basah dan merah
Ketika ini aku berimaginasi
Meninggalkan segala fantasi
Mengejar setiap realiti
Dalam masyarakat yang membuli
Ada yang hanya reti memerli
Waktu tidk lagi diukur dengan hari
Tetapi dengan setiap denyutan nadi
Umatku harus mampu berdiri sendiri
Menggunakan segala potensi
Untuk menggapai awan di langit tinggi
Untuk mencapai segala yang di hati
yang dihajati dan diingini
Juga yang dikehendaki
Kerana itu aku berazam dalam diri ini
Untuk maju dalam segala segi
Agar maruah tidak lagi dijual beli
Akan ku terus berkelana di atas muka bumi ini
untuk menimba ilmu berguni-guni
Agar suatu hari nanti
Akan kuubah dunia ini
Dari sebuah belukar yang berduri
Kepada taman yang berseri
Dipenuhi puspa kemboja yang mewangi
Segala itu bisa dimiliki
Jika tersimpan hasrat di hati
Kerana itu aku berjanji
Jika aku hidup dua kali
Akan ku pijak matahari
Untuk mengekalkan keamanan di bumi ini.
(Sajak ni agak takde kesinambungan)
My Recent Sajak
Dikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 3/05/2009 04:35:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diseño e iconos por N.Design Studio | A Blogger por Blog and Web
0 comments:
Post a Comment