Sains Aktuari - Pilihan ku

Takrifan Sains Aktuari
----------------------------------------------------

Murid-murid, dah besar nanti nak jadi apa??”

“doktor!”

“cikgu!”

“polis!”

“Jurutera!”

“Saya nak jadi seorang aktuari!”

Bayangkan kalau ada seorang anak murid menjawab hendak menjadi seorang aktuari, pasti cikgu akan menggaru-garu kepala, tertanya-tanya, mungkin juga selepas itu terus surf internet, mencari makna ‘aktuari’. Apa agaknya, berkaitan laut ke??marin ke??ada pula perkataan sains kat depan tu??

Saya selalu tergelak, apabila orang bertanya tentang kos yang saya pilih, semua akan membuat muka pelik bila saya menyebut kos ’sains aktuari’. Payah untuk saya menjawab kerana saya pun tidak tahu bagaimana untuk menerangkan dengan sejelasnya. Ada yang mengatakan kos berkaitan laut kerana mungkin bunyinya dekat-dekat dengan ‘akuari’, mungkin. Saya akan sedaya upaya menerangkan atau untuk mudah, saya akan menjawab, lebih kurang sains matematik, banking, insurans. Saya pun tidak pasti adakah penerangan itu yang terbaik, tetapi itu sahaja yang mampu saya terangkan lantaran saya juga baru sahaja memasuki alam aktuari ini.

Jadi pada post saya kali ini, saya akan berkongsi sedikit tentang kursus ini bagi menerangkan kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya, dan juga untuk adik-adik yang akan menamatkan peperiksaan SPM tidak lama lagi. Sedikit sebanyak mungkin mereka akan berminat untuk mengambil kursus ini.

Di Malaysia, kursus ini masih tidak berkembang dengan pesat tetapi nampaknya kini keperluan seorang aktuari semakin dirasai oleh syarikat-syarikat besar. Baru-baru ini, kakak saya menghadiri pameran kerjaya di UKM dan melihat kebanyakan syarikat-syarikat besar kini memerlukan seorang aktuari. Pada saya, ini perkembangan yang baik kerana apabila saya menamatkan pengajian nanti, lebih mudah untuk saya mendapat pekerjaan :)

Setakat ini, dalam pengetahuan saya, cuma ada beberapa buah universiti sahaja di Malaysia yang menawarkan kursus ini iaitu UKM (sarjan muda), UITM (diploma dan sarjana muda), USIM dan saya baru terbaca baru-baru ini di Institut Sains Matematik Universiti Malaya juga ada menawarkan bidang Sains Matematik pengkhususan dalam Matematik Aktuari dan Kewangan. Bagi di luar negara pula, negara yang bagus untuk kursus ini ialah USA, UK dan Australia. Untuk tajaan JPA, biasanya JPA akan menghantar ke US atau Australia untuk sains aktuari, seperti saya, saya akan dihantar ke US dan sekarang saya sedang menjalani American Degree Transfer Program (ADTP). Kalau tiada aral melintang dan dengan izin Allah, saya akan ke sana pada musim luruh tahun 2010 :)

Yang pasti membuatkan ia lebih menarik lagi ialah, kerjaya aktuari ini adalah antara 25 most highest paid job pada masa sekarang!

Apakah yang dimaksudkan dengan sains aktuari?

Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.

Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi. [1]

Siapa yang sesuai untuk menjadi aktuari?

  • Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik.
  • Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
  • Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
  • Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
  • Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
  • Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan. [1]
  • Kebolehan yang baik dalam matematik untuk membolehkan pentafsiran ,penganalisaan dan penyelesaian masalah dilakukan.
  • Pandangan praktikal
  • Minda yang sentiasa analitis
  • Boleh menghadapi masalah kewangan,pengurusan dan perhubungan manusia
  • Boleh bertutur dan menulis dengan baik untuk tujuan komunikasi
  • Pendidikan universiti dalam bidang matematik, statistic dan Sains aktuari.
  • Boleh membuat keputusan dengan baik,mempunyai imaginasi dan berfikiran logic
  • Kefahaman mendalam dalam ekonomi am,kecenderungan sosial ,perundangan dan kesihatan[2]

Ini adalah sedikit sebanyak tentang sains aktuari di Malaysia. Mungkin apabila saya sudah menyambung pelajaran di US saya boleh menceritakan tentang kursus ini di sana pula,insyaAllah. Tetapi setakat pengetahuan saya kini, subjek teras bagi sains aktuari ini ialah economics, calculus dan accounting.

Adik-adik yang mengambil aliran sastera di sekolah juga boleh mengambil kursus ini, cuma perlu mendapat A dalam matematik dan matematik tambahan. Juga bagi sesiapa yang mahu ke luar negara, pastikan Bahasa Inggeris dan Sejarah jangan diabaikan. Untuk mendapat tajaan ke luar negara, pada kebiasaannya penaja menetapkan sekurang-kurangnya 8A atau 8 1A. Jadi bagi yang sudah berhajat untuk ke luar negara, mulakan langkah dari sekarang. Plan your life!

Sumber dari :

[1] http://pkukmweb.ukm.my/~PSA/KENALAKTUARI.htm

[2] http://www.kmph.matrik.edu.my/kaunseling_&_kerjaya/k_actuari.html

Dicopy bulat-bulat dari

http://aireensamirah.wordpress.com/2008/11/19/sains-aktuari/




Ni Plak Takrifan Sains Aktuari dpd UKM

-----------------------------------------------------------------------

TAKRIF SAINS AKTUARI?

Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.

Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.

TEMPAT AKTUARI BEKERJA

Sejarah awal menunjukkan bahawa tugas-tugas aktuari berkait dengan kehidupan dan perniagaan terutamanya kemortalan dan faedah kompaun. Peranan aktuari juga berkait rapat dengan risiko kewangan. Daripada aktiviti-aktiviti ini, tugas aktuari telah tersebar merangkumi insurans dan pelaburan.

Di Amerika Utara dan Australia, di antara penglibatan aktuari adalah dalam lapangan;

  • Perancangan strategik
  • Risiko persekitaran
  • Demografi
  • Peramalan cuaca
  • Insurans kesihatan
  • Pengurusan harta benda & dana
  • Firma undang-undang

Di negara-negara lain, peranan aktuari tertumpu di sektor insurans dan pelaburan serta pengurusan sistem sekuriti kewangan.

Terdapat juga aktuari yang bekerja sebagai Perunding. Mereka membekalkan khidmat nasihat kepada syarikat dan badan-badan lain yang tidak menggaji pekerja-pekerja aktuari. Biasanya nasihat perunding merangkumi isu-isu yang luas, tumpuan perunding individu selalunya terhadap perkembangan kepakaran aktuari di dalam penggunaan persekitaran perniagaan.

Seorang aktuari juga boleh bekerja dalam sektor kerajaan. Mereka biasanya ditugaskan untuk menguruskan pelan pencen atau insurans kerajaan. Ramai aktuari juga bekerja dalam profesion pendidikan sebagai pensyarah-pensyarah di Universiti.

SIAPAKAH YANG PATUT MENJADI SEORANG AKTUARI?

Seorang yang ingin menjadi seorang aktuari haruslah

  • Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik.
  • Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
  • Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
  • Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
  • Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
  • Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.

Sekiranya anda mempunyai kualiti-kualiti seperti yang dinyatakan, anda mungkin mampu menjadi seorang aktuari.

AKTUARI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Di Malaysia, sains aktuari yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pada peringkat sarjana muda. Manakala, Institut Teknologi Mara (ITM) menawarkan kursus ini di peringkat diploma dan sarjana muda. Program Sains Aktuari merupakan satu daripada program yang terdapat di bawah Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM.

Sains Aktuari adalah satu bidang profesional. Oleh itu, terdapat badan-badan profesional yang menawarkan peperiksaan profesional. Seseorang itu perlu menduduki dan lulus peperiksaan ini sebelum ditauliahkan sebagai seorang aktuari.

OBJEKTIF SAINS AKTUARI

Program ini diwujudkan untuk mengeluarkan pegawai aktuari yang mahir dalam pelbagai jabatan dalam syarikat insurans seperti jabatan aktuari, pengunderaitan, perkhidmatan polisi, perancangan korporat, pelaburan dan sebagainya. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan ikhtisas sains aktuari di peringkat "Associateship". Tumpuan juga diberi supaya para siswazah dapat memberikan sumbangan yang berkesan dalam sektor kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sektor insurans.

SYARAT KEMASUKAN

Calon-calon yang ingin mengkhusus dalam program Matematik, Statistik atau Sains Aktuari mestilah

  1. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Matrikulasi KPM, atau
  2. lulus dalam mata pelajaran Matematik dan satu daripada mata pelajaran Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya gred E di peringkat STPM, atau
  3. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Diploma.


MODUL SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN ( SAINS AKTUARI)

SEMESTER

KOD &

KURSUS

1

STQP 1513

STQM 1113

STQS 1113

STQP 1013

ASAS EKONOMI I (pelengkap)

KALKULUS I

STATISTIK I

PENGATURCARAAN KOMPUTER



2

STQP 1523

STQM 1123

STQM 1223

STQS 1123

ASAS EKONOMI II (pelengkap)

KALKULUS II

ALJABAR LINEAR

STATISTIK II



3

STQA 2133

STQP 2533

STQP 2033

STQS 2433

TEORI FAEDAH

PRINSIP PERAKAUNAN DAN KEWANGAN

KAEDAH BERANGKA

KAEDAH STATISTIK



4

STQA 2143

STQA 2543

STQP 2043

MATEMATIK AKTUARI I

ANALISIS PELABURAN & PENGURUSAN PORTFOLIO I

KAEDAH PENGOPTIMUMAN (pelengkap)



5

STQA 3153

STQA 3253

STQA 3553

MATEMATIK AKTUARI II

MODEL KEMANDIRIAN

ANALISIS PELABURAN & PENGURUSAN PORTFOLIO II





6

STQA 3163

STQA 3263

STQA 3993

STQP 3063

TEORI RISIKO

PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BERAKTUARI

KAJIAN ILMIAH

SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS MATEMATIK

0 comments: