Babak 1 : "Sape nak join bisnes baru aku nih? Confirm tak merugikan anda semua. Hahaha, oklah, sape nak join boleh contact aku di .................."
Babak 2 : "Takpelah Bob, ko gi makan dulu, aku tak lapar lagi nih..."
Babak 3 : "Sabarlah mak, kejap lagi, angah tak menang lagi main game ni.."
Ok, dah habis dah sedutan pendek daripada dialog-dialog harian yang dilampirkan di atas. Ketiga-tiga babak tadi menggunakan perkataan "tak" ataupun panjangnya ialah "tidak"
Babak 1 cerita pasal ada seorang agen mlm tgh promote jualan dia dgn mengatakan bisnes dia takkan merugikan pelanggan. Tapi dia tak menjanjikan keuntungan, betul tak? Maka pelanggan tidak boleh menyalahkan agen tersebut jika tidak memperolehi apa-apa keuntungan. Jadi perkataan "tak" dalam dialog ini tidak melambangkan maksud yang sebaliknya.
Babak 2 cerita pasal Bob yang mengajak kawannya, Ali untuk makan di kantin sekolah. Tapi Ali jawab dia "tak" lapar. Tapi tak bermakna Ali kenyang. Perasaan lapar itu ialah ajakan nafsu untuk makan. Mungkin nafsu Ali lemah kerana tekanan perasaan yang dihadapinya berjaya menenggelamkan ajakan nafsu untuk makan (tak semua ajakan nafsu tu jahat). Maka sekali lagi perkataan "tak" itu tidak melambangkan makna yang sebaliknya.
Babak 3 pulak citer pasal seorang anak keduanya masuk tidur kerana hari sudah lewat malam. Anaknya pulak tengah main game dan cakap kat mak dia yang dia "tak" menang lagi main game. Tapi tak bermakna dia kalah lagi kan? Maka sekali lagi perkataan "tak" ini tidak melambangkan maksud yang sebaliknya.
So, apa tajuk sebenar kali ni?
Mcm biasala, aku lepas spm ni tetibe makin minat sangat ngan ekonomi (sblm ni minat gak, cuma tak minat sangat ngan akaun).
Ada satu artikel best, cerita pasal muslim kaya dan muslim miskin.
Zaman nabi dulu memang ada sahabat yang hidup miskin dan ada sahabat yang hidup kaya. Itu namanya rezeki. Maka ujian Allah keatas hamba-Nya ialah adakah golongan miskin tu mengeluh atau tidak dan adakah golongan kaya itu bermewahan atau tidak. Beza jugak tu antara "kaya" dan "mewah".
Orang Islam zaman sekarang ni menggunakan dalil-dalil yang tidak menggalakkan umat Islam hidup dalam kefakiran untuk mengejar harta dunia supaya kaya dan hidup mewah. Seperti babak-babak yang saya tonjolkan di atas, "tak" tidak semestinya akan membawa maksud yang sebaliknya. Rasulullah juga seorang yang kaya. Mana tidaknya, 20% daripada ghanimah (harta rampasan perang) adalah dikhususkan untuk nabi. Bayangkanlah berapa banyak jumlah peperangan yang berlaku pada zaman Nabi dahulu.
"Ada yang mengatakan jumlahnya sebanyak 26, 27 dan 29 kali. Begitu juga terdapat perang lain yang berlaku pada zaman Rasululla s.a.w. tetapi baginda s.a.w. tidak turut menyertainya yang disebut sebagai sariyyah yang juga terdapat perbezaan pendapat tentang jumlahnya. Daripada siri peperangan yang disertai oleh baginda s.a.w. ini, hanya 9 kali sahaja yang tercetus pertempuran iaitu perang iaitu Perang Badar al-Kubra, Perang Uhud, Perang al-Muraysi’ (al-Mustalaq), Perang al-Khandaq, Perang Qurayzah, Perang Khaybar, Pembukaan kota Makkah, Perang Hunayn dan Perang Taif."
Nabi memang kaya. Tapi adakah baginda mewah? Semestinya.... TIDAK. Bukan setakat nabi, ramai sahabat-sahabat nabi yang lain kita nampak seolah-olah miskin tetapi sebenarnya mereka kaya, cuma tidak mewah. Harta banyak tetapi diinfakkan kepada jalan Allah. Mereka tahu bahawa dunia ini cukup untuk keperluan manusia tetapi tidak akan cukup untuk ketamakan manusia. Dan kemewahan bukanlah termasuk di dalam keperluan.
Sebagai penutup, sekali lagi saya ingin timbulkan persoalan pokok perbincangan kali ini, Islam "tidak" menggalakkan umatnya hidup dalam kefakiran tapi adakah bermakna Islam menggalakkan umatnya hidup dalam kemewahan? Adakah anda hidup dalam kemewahan sekarang? Anda sendiri yang menilainya. Kerana di sana, lebih ramai lagi yang lebih memerlukan......
Tidak = Sebaliknya ?
Labels: Mesti BacaDikirim oleh ʇɐɟoɹq-ǝɥʇ pada 2/20/2009 02:39:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diseño e iconos por N.Design Studio | A Blogger por Blog and Web
0 comments:
Post a Comment