Diari

Hari ni hari yang agak memenatkan tapi terpaksa gak gi keje. Maklumlah, selepas penat jadi sukarelawan dan tidur lambat sebab berborak ngan kawan-kawan satu sekolah dulu, so memang agak ngantuk la. Nak cerita pasal semalam,


3.00 ptg 7 Februari
Seawal jam ni dah pergi ke Stadium B.B.Bangi untuk taklimat sukarelawan. So keje ana untuk mlm tu ialah bahagian keselamatan. Bahagian keselamatan pulak banyak bahagian dan ana dgn group usrah ana yg lain ditugaskan jaga pintu dpn. Habis Taklimat tu dlm pukul 4.30. Semua jumlah sukarelawan Pembina yang datang ialah lebih kurang 120 org.



4.45 ptg
Ana dapat mesej dari kawan yang sekali buat bisnes Etiqa Takaful, Fakhrul Rafie. Dia ajak pergi booth kat blkg warta. Pastu ana pergi la jap situ. Lps tu ana balik rumah jap bersiap-siap semua.





6.00 ptg
Untuk bahagian keselamatan pintu dpn kitorang start kol 6 bg mengawal kemasukan kenderaan ke dalam kawasan parkir stadium. Keje kitorang ni berlarutan la sampai habis program kol 12mlm. Kitorang dibantu ngan 7 org dari unit RELA di pintu masuk uatama stadium. Tapi dalam tempoh tu kitorang ada la masuk dalam jap sbb nak solat isya ngan hajat sekali ngan dengar ceramah sikit-sikit.



1.00pg
Ana singgah skolah lama jap sbb diorang ada qiam. Jumpa ngan kawan-kawan lama. Time tu diorang tgh lepak kat restoran dpn skolah tu. Ingat apa, rupanya tgh sembang pasal bisnes. Sorang promote Mobile Money. Sorang lagi promote HPA. Tapi time ana dtg tu member yang cite pasal Mobile Money tu baru habis bentang. Ooo, nak tahu nama dia ke? Mobile Money tu Fakhrul. HPA tu Man Lee. Habis beberapa minit sebelum kol 3. Tapi tak pe. Ana memang dah kenal perangai diorang sume tu. Bagi diorang, qian tu bukannya bangun malam tapi TAK TIDUR MALAM. Pastu Subuh lak selalunya lajaklah. Bagus betul. Tapi qiam kali ni ana tak tahula sebab ana memang tak join. Lepas kol 3 tu ana terus balik.

0 comments: