A Simple Thing and A Corrupt System

Baru je aku masuk ke dalam kereta, baru nak start enjin tetibe ada sorang pak cik datang ketuk cermin tingkap pintu kereta aku bahagian pemandu. Mula2 ingat dia nak pulangkan dompet aku yang tercicir, tapi rasanya tak tercicir pon. Bila aku turunkan tingkap kereta, dia cakap kat aku, "baguslah adik ni, baca doa naik kenderaan". Aku pun kebingungan. Bende yang simple cam tu pun nak dibanggakan ke? Takpelah, aku malas nak riak dpn dia lak so aku tukar tajuk cepat2. Aku tanya dia "Pak cik tau tak kat mana Celcom Centre yang terdekat kat sini?" - Part 1

Time aku usrah minggu ni, ada sorang ahli baru join. Kesian, dia langsung tak leh baca Quran. Nampaknya menjadi tanggungjawab ahli usrah aku lah untuk didik dia. Solat pun, dia cakap tak complete lima waktu. Semoga dia dilimpahi hidayah oleh Allah s.w.t. -Part 2

Antara tugasan usrah yang kitorang kene sempurnakan minggu ni ialah jaga solat 5 waktu, BERJEMAAH. Huh! Walaupun bunyi simple, tapi payah gakkan nak buat. Lagi-lagi time keje. Takkan nak ajak sorang customer gi semayang jemaah kat stor belakang tuh. Stor tu pulak memang muat sorang je. Dan lagi satu, kakitangan je yang boleh masuk stor tu. Dan banyak2 shif, shif jumaat pagi je yang tak bertembung ngan waktu solat. Hmmmh (bukan bunyi minum kopi). Terpaksalah korbankan solat jemaah. Kalau para sahabat nabi yang tengah lepak2 kat syurga tu baca blog aku mesti diorang gelak. Apalah, solat jemaah pon takleh jaga.-Part 3

Cubelah tengok org zaman sekarang ni kat Malaysia nih. Baca doa naik kenderaan pun dah dikira alim. Kalau para sahabat dulu, cerita qiam setiap hari pun kira bende biasa je. Ada satu cerita la yang aku nak share sikit kat sini. Ada sorang budak perempuan yang diinterview kata pakai tudung tu takde kaitan ngan agama, tapi ada kaitan ngan adab kesopanan orang Melayu. Tengok, dia sendiri tak tahu pakai tudung tu adalah untuk melaksanakan kewajipan seorang muslimah.

Tapi kalau nak cerita bab kerja yang mengganggu waktu solat, kita tengok sirah, nabi ngan para sahabat dulu memang takde masalah ngan waktu kerja diorang, kecuali golongan hamba lah, sebab tu tanggungjawab golongan hamba ni sikit sangat. Haji pun tak yah buat. Tapi penduduk madinah time tu memang free dari segi masa diorang. Kahwin banyak tapi ada masa jugak nak didik anak. Kerja-kerja mereka tidak menyibukkan diri mereka daripada berdakwah. Nak banding ngan zaman sekarang, dari umur 7 tahun lagi kita dah disetkan untuk sibuk. Waktu sekolah dah sehari suntuk. Malam-mala kene buat kerja rumah. Berterusanlah sampai 5 tahun mcm tu dan tahun ke 6 diorang disibukkan lagi ngan perekse besar (ni sistem kat Malaysia).

Masuk je sekolah menengah, beban semakin bertambah. Dalam tempoh lima tahun je mereka ada 2 perekse besar. Style hidup tak berubah. Sekolah sehari suntuk, malam2 buat kerja rumah. Untuk tempoh seminggu, mereka akan sibuk dan penat selama 5 hari. 2 hari diberi untuk berehat. Nampak je macam baik. Tapi hakikatnya diorang ni tetap takde masa. Budak2 zaman dulu boleh hafal Quran waktu kecik. Waktu besar pulak diorang boleh menyerlah dalam semua bidang. Budak zaman sekarang sibuk je lebih. Tuisyen berlambak2. Tapi tak leh lawan budak-budak yang ikut sistem zaman pemerintahan Islam dulu.

Bila diorang ni habis sekolah menengah, masuk universiti, makin bertambah sibuklah. Assignment berlambak2. Diorang memang takde masa nak fikir bende lain kecuali dalam sebahagian dpd masa diorang. Sistem macam ni lah yang melahirkan ramai orang yang pentingkan diri sendiri. Hampir separuh daripada umur manusia sekarang dah habis ketika zaman belajar yang sibuk.

Bila diorang ni dah start keje, bukan makin bebas tapi makin tertekan. Nak fikir keluarga, kalau yang lelaki nak kene cari nafkah. Diorang ni sume ada matlamat, iaitu untuk berjaya dalam hidup. Tapi masalahnya masyarakat sekarang seolah-olah diberi pemahaman bahawa berjaya itu adalah kaya. Islam pun menggalakkan kita berjaya dalam hidup dan tidak hidup dalam kemiskinan. Tapi Islam tak suruh kita kaya. Kalau semua orang kaya, siapa nak sapu sampah? Sape nak jadi buruh? Tapi sistem dunia sekarang menjadikan orang yang tidak kaya itu tertindas. Betul tak? Dahlah kene bayar pendidikan, perubatan pulak sentiasa meningkat kosnya. Maka dalam sistem yang bermasalah zaman sekarang ni, kalau nak senang, kene banyak duit. Maka dengan itu masyarakat zaman sekarang ni disetkan supaya sibuk cari duit. Tak cukup dengan segala-gala kos kehidupan yang tinggi, sistem riba yang dah dihapuskan oleh kerajaan Islam dulu kini telah kembali. Tapi kembali dengan nama baru. Dikenali dengan faedah, bunga, interest dan banyak lagi nama-nama lain yang bertujuan untuk mengaburi mata manusia.

Sebenarnya semua point ni adalah skop perbincangan usrah ana minggu ni. Saja nak share. Tapi kita payah nak bukti kan yang sebenarnya sistem bodoh inilah sebenarnya yang menjadikan manusia sekarang ibarat robot2 yang bekerja tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka hidup. Mereka disibukkan oleh kerja-kerja mereka, diberi sedikit hiburan2 yang melalaikan sebagai kononnya untuk melepaskan tekanan. Tengok, apa gunanya kerja kalau rasa tertekan. Zaman Islam dulu mana ada kerja sampai tertekan sebab duit bukanlah keperluan sangat. Kalau duit itu keperluan pun, ia tak diperlukan untuk kuantiti yang banyak.

Sebenarnya aku tak reti nak habiskan artikel ni. Sebab tu lah tak habis-habis lagi. Kalau nak tahu, trial SPM hari tu, panjang karangan aku lebih dpd 1000 patah perkataan sebab tak reti ending punya pasal. Lagipun tajuk dia best, pasal pemanasan global. Time SPM betul2 pulak, tajuk dia bosan, tak reti nak huraikan. Heheh. Assalamualaikum.

0 comments: