Antara Logik dan Tak Logik

Nak citer siktla makna perkataan "logik" kat sini.

Ada satu citer, tapi atas sebab mengandungi unsur-unsur politik yang keterlaluan, nama-nama dalam citer terpaksa di"censored".

Ada satu soalan : "Bolehkah harga minyak diturunkan?". Soalan ini ditanya kepada dua orang yang berlainan.

Orang pertama, Datuk Seri An**r Ibrahim, menjawab : Secara logiknya, harga minyak memang boleh diturunkan.

Orang kedua, Datuk Sha**ry Cheek pula menjawab : Tidak logik, mana boleh turunkan harga minyak, nanti negara akan bankrup.


Ok, citer pertama dah habis. Kedua-dua orang tu sebenarnya menjawab ikut logik masing-masing. Tapi "logik" bagi seseorang itu berbeza mengikut pengalamannya. Betul tak?

Oklah, kalau kita tanya orang zaman dahulu, bolehkan manusia terbang? Oleh sebab diorang tak pernah kenal kapa terbang, diorang akan cakap "Mana logik manusia boleh terbang !"
Tapi jika diajukan soalan yang sama pada orang zaman sekarang, mereka akan kata logik kerana mereka pernah lihat kapal terbang.

So, apa tujuan post saya kali ni? Hehehe, saje nak menyentuh persoalan "bolehkah manusia melaksanakan Islam menggunakan Logik akal".

Boleh tak? Sebenarnya ikut orang jugak. Dr Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan fatwa semasa berdasarkan segala dalil-dalil syara', logik akalnya dan berbincang dengan para ulama' sedunia.
Tapi ada sorang lagi, dia ambil dalil-dalil syara' jugak dan campur logik akal dia dan menubuhkan Islam Hadhari. Ha... yang ni tak leh pakai logik akal dia sebab ilmu dan pengalaman dia tak sesuai untuk dia keluarkan fatwa......walaupun dia dah tua.

0 comments: