Vote Earth


Vote Earth? First Time bunyi macam pelik, ingat ada pilihanraya antara planet-planet di sistem suria (memandangkan planet pluto telah dilucutkan kelayakan untuk menjadi calon, jadi ingat memang betul2 ada pilihanraya di antara planet, hahah)

Bahang Vote Earth ni semakin dirasai. Saban hari, dipromote oleh blogger-blogger, sehingga ada yang meninggalkan kesan bahangnya pada shoutbox blog saya ni. Dan latest, sebelum saya keluar gi keje tadi, tertonton iklan kat TV pasal Vote Earth ni, tapi still tak faham sangat undi pasal ape ni. So disebabkan kat TV pun dah kuar, saya semakin ingin mengetahui pasal Vote Earth ni sehingga saya sanggup mencemarkan duli saya untuk menjejak masuk ke laman web Vote Earth (linknya ada orang taruk kat shoutbox saya).

Saya baca pasal Vote Earth ni dua kali, first dalam Bahasa Inggeris. Untuk mengelakkan salah faham, saya baca lagi artikel tu dalam terjemahan dalam bahasa Indonesia menggunakan Google Translator (http://translate.google.com/translate_t?hl=en#).

Apa yang saya faham, lebih kurang ginilah. Mereka seolah-olah mengatakan, "Wahai penduduk bumi, adakah anda menyokong pemanasan global ataupun menyokong bumi yang mana sejahtera". Lebih kurang gitulah misinya. (Kalau salah boleh sesiapa tolong correct).

Tu misi dia. So apa yang diorang suruh kita buat?

-Bersatu menutup lampu ( tak pasti lampu atau semua alat elektrik ) pada pukul 8.30 pm waktu tempatan
-Berkelah di bawah langit malam berhiaskan bintang.
-Bawa anjing bersiar-siar pada waktu malam (ni memang saya amik dari website diorang)
-Pasangan kekasih digalakkan ber"date" malam-malam, gelap-gelap (sebab lampu tak pasang)
-Mengadakan parti jalanan.

Isyyyy, betulla, memang aku amek kat website diorang. Tak caye, ni link dia (Klik Sini)

Aku pun tak paham sangat ape kaitan pemanasan global dengan tutup lampu. Mungkin diorang beranggapan kalau kita bukak lampu malam-malam, bla bla....bla....bla maka jadi lah pemanasan global. Mungkin jugak. Dan mungkin jugak tidak.

Bila citer pasal isu alam sekitar ni plak, teringat pasal khutbah Dr Haron Din (bukan calang-calang orang ni) waktu Raya Haji pada 20 December 2007 (kalau tak silap) di surau An-Nur, Bangi.

Dalam khutbah tu, beliau ada memetik sepotong ayat Al-Quran,

yang bermaksud:
“Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah ar-Rum, ayat 41)

Satu ayat yang agak famous. Kebetulan time ni antara isu hangat dia Khir Toyo (time tu dia Menteri Besar Selangor) ada buat satu kenyataan yang mengatakan "Selamat Tinggal Banjir!".

Habis kena hentam.

Lalu Dr Haron Din menceritakan pasal Surah ar-Rum, ayat 41 tadi. Apa yang saya faham pasal ayat tu, lebih kurang macam Allah nak kata gempa bumi, tanah runtuh, pemanasan global dan segala bencana alam yang berlaku adalah disebabkan manusia sendiri yang merosakkan alam dengan menggondolkan bukit, menebang pokok, menarah bukit dan lain-lain aktiviti aygn sedemikian.

Tapi Dr Haron Din kata, "Saya dah cari dalam banyak jenis Tafsir Al-Quran, setiap satu saya baca, tetapi tiada satu pun tafsir Al-Quran yang saya baca mengatakan bahawa perkataan "perbuatan tangan manusia" menunjukkan aktiviti pembalakan dsb. Tetapi perkataan "perbuatan tangan manusia" yang digunakan di dalam ayat tersebut bermaksud manusia melakukan dosa.

Betul tak?
Gempa bumi berlaku kerana dosa manusia?
Tanah runtuh berlaku kerana dosa manusia?

Habis tu bukan disebabkan manusia menarah bukit ke?

Oklah, kita amek contoh mudah. Bagaimana petir terjadi?
Petir terjadi disebabkan pergeran awan lalu blabla...bla....bla lalu terjadilah kilat.
Tapi dalam Al-Quran kata petir ni disebabkan ALlah ingin memanah syaitan?
Memangla untuk memanah syaitan, tapi kalau nak citer secara saintifiknye memang disebabkan pergeseran awan, tapi pada hakikatnya adalah untuk memanah syaitan.


Oklah, nak lebih jelas, kita tengok contoh lain plak dalam Al-Quran,

Kaum-kaum terdahulu ditimpa gempa bumi, ribut taufan, banjir besar dan lain-lain azab tetapi adakah Allah mengatakan azab yang ditimpakan kepada mereka itu adalah akibat daripada tindakan mereka menarah bukit (seperti yang dilakukan oleh kaum 'Ad) tetapi azab yang diturunkan kepada mereka adalah kerana dosa yang mereka lakukan.

Jadi kesimpulan mudahnye, kalau taknak dilanda bencana alam (hakikatnya ialah azab), kita semua hanya perlu meninggalkan dosa kepada Allah. Bukan dengan cara membina benteng, terowong, menutup lampu dan sebagainya.

0 comments: