Masalah Umat

Umat Islam sekarang di tahap yang begitu teruk. Malas nak cakap panjang. Ada dengar banyak pandangan kata umat Islam ni tak bersatu lah, takde ilmulah, miskinlah, pengecutlah, rasuahlah dan macam-macam lagi. Yang susah-susah nak fikir apa punca tu sebab apa.... Nabi dah ramal dah bende ni, betul tak? Ketika ditanya oleh para sahabat, nabi menjawab punca umat Islam jadi macam ni adalah kerana penyakit Al-Wahan, cintakan dunia dan takut mati. Bila penyakit tu takde, baru lah kita boleh maju dalam semua bidang.

Kita ni ada penyakit Al-Wahan ke? Kita bincang dalam skop kita la. Bila dapat je gaji pertama, rasa macam nak beli sesuatu. Dalam usia semuda macam ni, bende yang ana tengok handsetlah. Handsetlah bende yang orang usia sekitar ana suke beli dan selalu bertukar2 pulak tu. So bile dapat gaji je, ingat nak beli satu handset yang agak canggihla. Updated la kononnya. Ada mp3, 3g, camera dan lain-lain, walaupun dah ada satu. Tapi bila berfikir balik, what is the purpose? Apa guna? Nak dengar lagu? Kalau ada yang dengar Al-Quran tu kira baguslah. Kalau ada laah. Cuba kita berfikir secara matang. Segala duit-duit yang kita gunakan. Perlu? Terdesak? Seronok-seronok? membazir? Tu hanya diri sendiri saja yang boleh nilai. Nabi pun tak pernah hukum orang munafiq walaupun Allah dah bagitahu satu-satu nama orang munafiq kpd nabi sendiri. Dan ada jugak golongan munafiq yang memang dah jelas-jelas dia munafiq. Tapi nabi tak hukum sebab sendiri mau ingatlah. Kita takleh nak nilai iman orang. Jadi anda sendirilah yang nilai tentang bagaimana anda gunakan duit anda. Ataupun bagaimana anda guna segala teknologi yang anda ada.

Fikir style matang. Hehehe, ni ayat sahabat ana. Fikir matang macam mana? Fikir supaya apa jua yang anda lakukan adalah bermatlamat dan bukan hanya untuk seronok-seronok. Ceh macam pakar motivasi je. Saya nak amek satu kata-kata. Actually it is a part of lyrics. Sebenarnya ana tak suka ambil pandangan-pandangan artis ni. Nothing special at them. Just merosakkan orang-orang Islam dengan menunjukkan perlakuan buruk. Tapi apa yang ana nak ambil bukanlah pendapat diorang tapi just pengakuan diorang sendiri yang diluahkan ke dalam lagu dendangan mereka sendiri.

"Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata"
Dua Dunia/Too Phat ft Datuk Siti Nurhaliza/Rebirth into reality

Pengakuan mereka, kenapa orang muda-mudi ni suke bercinta walaupun boleh kata semua cinta-cinta minyet ni akhirnya hanya membawa kepada kesedihan? Jawapannya kerana ketika bercinta mereka rasa seronok. Mereka rasa dunia tu indah. Betul? Maksudnya keseronokan sementara. Itu lah style fikir orang tak matang. Alasan untuk setiap perbuatannya ialah "seronok" semata-mata.


Knp main game? "seronok".
Knp lepak kat shopping complex? "seronok"
Knp dengar lagu-lagu ni? "seronok"
Knp buat program mcm ni? "seronok"
Knp lumba motor? "seronok"
Knp buat drift? "seronok"
Knp isap rokok? "seronok"
Knp isap dadah? "seronok"
Knp buat bende-bende tak elok ni? "seronok"

Kekadang bila orang lain tegur, kita ni pandai bagi hujah. Selalunya bila kita dapat jawab balik, kita akan rasa puas. Contohnya,

Seorang ayah Pak Lah (bukan nama sebenar) menegur anaknya, Khairy (bukan nama sebenar),


Pak Lah : Khairy, kenapa kamu asyik sms dengan perempuan je? Buat la bende yang berfaedah sikit.

Khairy : Bapak tak tahu. Saya sms ngan perempuan ni, nak dakwah dia. Cube bapak tengok wardina. Kan dia dapat hidayah untuk pakai tudung hanya ngan chatting ngan lelaki. Common la ayah. Saya dah besar. Saya boleh pikir. Bapak pergi tido la.

Pak Lah : Tapi Khairy.....

Khairy : Tak payah lah bapak. Bapak pun bukan baik sangat. Rompak duit rakyat. Rasuah. Peganng tangan perempuan bukan mahram. Tidur time mesyuarat. Kawan dengan Bush. Naikkan harga minyak. Tak payah lah bapak nak tunjuk baik dengan buat masjid cantik-cantik. Baik bapak beli nescafe banyak-banyak la. Baru tak ngantok. Dah lah, saya nak reply mesej ni.Kang merajuk pulak dia ni.....

Pak Lah : Awak jangan cabar saya. Saya pantang dicabar ( Hehe, kalau korang pernah dengarla Paklah cakap mcm tu )

Khairy : Saya takde masa la nak layan ayah ni. Dengar dulu pantun saya ni.
"Pencuri sekarang dah tak guna toyol
Perompak sekarang dah tak guna pistol
Sekarang kita curi dan rompak guna tol
Baru betullll.....


Ok, citer habis. cube tengok budak tadi. Pandai betul bagi alasan. Bukan budak tu je, orang-orang kita sume macam tu. Memang si bapak tu takde hujah sebab budak tu cakap pasal niat. Betul tak? dia kata niat dia nak dakwah. Sbb tu bapak dia takleh cakap apa. Nabi pun tak hukum orang munafiq hanya semata-mata dia munafiq. Kalau munafiq tu ada buat kesalahan lain citerla. Tapi bila orang tu hanya munafiq, ia melibatkan hati. Takde sape tahu kecuali Tuhan. Yang hanya boleh menilai tentang baik atau buruk bende yang kita buat itu ialah diri kita sendiri. ( Nak tambah sikit, antara sifat orang munafiq yang lain ialah suka menjawab ). So bila kita buat sesuatu tu, memang payah kalau orang lain nak tegur ( kecuali yang besar2 la macam isap dadah ).

Katakan ada orang ditangkap berdua-duaan, pastu diorang kata diorang dah bernikah. Nak jawab apa? Nak suruh diorang tunjuk sijil nikah? Mak Bapak kita pun tak bawak berjalan sijil nikah. Diorang kata diorang tak bawak. So bende ni memang melibatkan hati. Dan hanya pemikiran yang matang sahaja yang boleh menilai baik-buruk perbuatan kita.

@#$#^$#^$

Berbalik kepada cerita ana pasal hanpon tadi. Jadi bila ana pikir-pikir balik for what ana beli hanpon canggih-canggih?

Nak guna 3g? tak penting.
Nak dengar lagu? tak penting.
Nak ada bluetooth? tak penting.
Ada bluetooth pun nak transfer apa? Gambar lawak? Video lawak? themes? lagu?tak penting.

Memang bende-bende tu berguna. Tak dinafikan. Sejauh mana kita guna bende-bende tu untuk bende -bende baik? Nak jawab? jawab je dalam hati kerana hati lah yang menilainya.
Macam perekse SPMlah. Kita jawab pastu hantar kepada pengawas. Knp kene hantar? kerana ia akan diperiksa oleh pemerekse. Sama jugalah macam dalam konteks ni. Hati anda menjawab soalan saya dan hati anda sendirilah yang memeriksa dan menilainya. Tak perlu diberitau kepada orang lain. Kertas jawapan SPM pun mana ada diorang sebar kat orang lain. Hanya untuk pemeriksa saja.

Citer pasal ana pulak la. Asyik citer pasal orang politik je. Dulu memang ana minat drift. Hebat? taklah, setakat rosakkan tayar je bolehla. Takde bende yang hebatnya. Tapi dulu memang minat. Ana ada dua blog pasal drift ni.

Tapi, suatu hari, entah macam mana boleh tetibe terdetik dalam hati untuk mencemarkan duli ana untuk turun ke Shah Alam (ayat mcm sultan je kan? duli tu maksud dia tapak kasut akalu dalam bahasa jawa). Ada la beberapa aktiviti ana kat sana. Antaranya main futsal. Hahah, that is the first time i play futsal and maybe the once sbb ada orang cakap main futsal ni tak elok. tak elok untuk lutut. i dont sure about that. And malam tu ana bermalam kat rumah seorang sahabat ana. Dialah orang yang first time buat drift depan ana. Tapi sekarang dia dah berubah. Hahah. Cam tak caye je. Dia la yang banyak menasihati ana. Memang betul. Kita kene fikir style orang matang.

Antara aktiviti ana dgn dia lagi, melawat SACC. Ni kira shopping Mall untuk orang elite lah. Orang tak elite pun boleh, tapi garu kepala la nak beli. Nothing interesting there. Then we move to PAS (Plaza Alam Sentral), saje turun-turun tengok masyarakat. Kebetulan ada satu pentas kecik bukak kat ruang legar shopping mall tu. Kalau tak silap tu under AF7. Ada sorang pengacara ala Aznil time tu. Bukan gaya lawak dia tapi gaya bodoh dia. Gaya tak segan dia. Merosakkan anak-anak kecik. Menyanyi, menari dan berlakon. Ana ngan sahabat ana time tu di tingkat atas sekali. Nampaklah show tak matang tu dari jauh.

At another level of the mall, kitorang nampak sekumpulan anak muda buat aksi "shuffle". Shuffle ni sebenarnya nothing special. Berasal daripada Australia. Dihidupkan oleh budak-budak jalanan. Kalau tanya orang-orang dewasa kat Australia, diorang memang tak suka shuffle. Tak suka dan benci. Ni pengakuan dariapada student Malaysia kat sana sendiri. So dia memang terkejut bila bende yang dikategorikan sebagai sampah di Australia, secara tiba-tiba jadi emas dan pujaan pulak kat Malaysia. memang pelik budak-budak kita ni.

Tadi tu goreng je. Sekarang kita fikir balik about the main point.
Kita tengok orang-orang yang gelabah mencari keseronokan ni,
Rempit
Hip Hop
Punk
Skin Head
Mat Jiwang
Penagih Dadah
Budak-budak yang ketagih main game
Dan semua-semualah yang kita tengok tak matang ni.

Apa yang diorang ni akan jawab bila diorang dah sedar daripada benda bodoh yang diorang buat sebelum ni? Diorang akan kata "Alangkah bodohnya aku kerana menghabiskan masa muda aku dengan benda-benda yang sia-sia lagi tak berfaedah ni"

cerita ana kat Shah Alam dah Habis - Ana benar - benar menghargai ziarah tersebut walaupun sekejap - Shukran sahabatku


Jadi ana taknak debat pasal sape betul sape salah sebab ini datang daripada hati dan pemikiran. Hanya pemikiran yang matang yang boleh menjawabnya dengan betul.

Sebab bila sentuh penyakit Al-Wahan ni, kita tengok balik duit kita. Tak keterlaluan jika nak kata nabi dan para sahabat dulu beli sesuatu yang perlu saja. Untuk seronok, jauh sekali
jaaaaaaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuuuuuuh sekali. Ramai lagi saudara kita yang memerlukan duit. Palestin, Darfur, .... Kerana itu kadang-kadang, bila ana beli sesuatu yang best, untuk seronok dan tidaklah menjadi keperluan manusia, kadang-kadang rasa malu pada saudara-saudara seIslam yang lain. Sendiri bayangkanlah....

Bayangkan kita dan saudara kita ni dalam satu bilik. Tapi bezanya antara kita dengan dia, kita makan sedap. Dahlah sedap, banyak pulak tu. Kita ada hanpon. Canggih. Baju lawa. Banyak choice.

Saudara kita? Dahlah makanan tak cukup. Dahlah tak cukup, kena beratur panjang nak makan. Tak sedap pulak tu. Baju koyak rabak. Hanpon takyah citerla. Jam tangan pun takde.

Kita buat satu perbandingan simple. Dalam satu majlis makan malam. Pelbagai lapisan masyarakat dijemput, tapi dibahagikan ikut kelas. Yang VIP datang dengan kete mewah, baju mahal, ada red carpet lagi, pastu duduk tempat special.

Yang golongan biasa ni? nak parking pun payah. Kete pun apa je, malula kalau nak banding ngan kete-kete VIP ni. dah lak tu nak masuk satu hal. Kene gaduh sket ngan bodyguard Bangla, baru dapat masuk. Dah tu tempat pun ceruk-ceruk dinding je. Background meja makan pulak wayar bersepah2. Dahla sebelah speaker. Takke pekak telinga. Nak makan kene beratur panjang. Bunyi je sedap. Buffet konon. Tapi beratur macam nak ambik makanan time majlis kawen je.

Yang VIP pulak makan lagi sedap. Surf "Ala Carte". Tak payah bangun. Orang datang hantar kat meja. Dah habis, orang tolong tambahkan. Takke malu para VIP ni? Mcm mana diorang boleh bersenang ketika orang lain bersusah payah?

@$$^&%&*(*()&)^*$$%#@%^$*&^()&&%$%#$%&^^

Mungkin je kata-kata ana, nothing else to say but as my blog title, this is just my diary. So kalau ada sesape tak puas hati, ana senang je cakap, "Ko tak malu ke baca Diari orang?"

Sebagai akhir kata, ana nak lampirkan satu kata-kata.
"Kalau ada orang kaya, mesti ada orang miskin"

Apa pandangan anda tentang kata-kata tu? Dunia ni sebenarnya cukup untuk keperluan manusia tapi takkan pernah cukup untuk ketamakan manusia. Jadi disebabkan ada orang nak jadi kaya, maka orang lain ditimpa kemiskinan secara tidak langsung. Sebab tu Islam kata, hak orang miskin ada dalam harta orang kaya tu. Jadi orang-orang kaya dan berduit ni kena sedarlah tanggungjawab mereka untuk membantu orang miskin sebab bila dia jadi kaya, secara tidak langsung, orang lain akan jatuh miskin. Believe it? Or not.Assalamualaikum.

0 comments: