Seronok dan Susah

Seronok.
Apa yang seronok?

Ada orang kata seoronok dapat jadi PM. Dapat jawatan tinggi.
Ada orang kata seronok sebab dia kaya. Boleh beli apa saja.
Ada orang kata seronok sebab dia seorang genius. Orang berilmu.
Ada orang kata seronok sebab dia banyak masa lapang. Kerja sendiri.
Dan macam-macam lagi nikmat yagn diberikan menyebabkan kita rasa seronok, lagi-lagi nikmat yang tak ramai orang mampu memilikinya.

Cuba kita fikir balik tentang perancangan Allah yang Maha Adil ini. Kenapa perasaan "seronok" ni Allah tak kurniakan kepada semua orang?

Kerana pada hakikatnya takde istilah "seronok" di dunia ini. "Seronok" ini hanya perasaan yang didalngi oleh syaitan laknatullah.

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

@Ada jawatan seronok? Ya, bagi orang yang lupa akan hari pembalasan pasti akan rasa seronok dengan jawatan. Bagi orang yang sentiasa ingat akan hari pembalasan, tiada istilah seronok ketika memegang jawatan. Yang ada hanyalah bebanan tugas dan tanggungjawab yang pasti akan dipersoalkan kelak. Jawatan haruslah digunakan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Ittaqullah.....

@Jadi kaya seronok? Ya, bagi orang yang sombong pasti berasa seronok. Bagi orang yang bertaqwa, dia tahu bahawa orang kaya juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam masyarakat. Adakah dengan menyangka sudah bayar zakat fitrah, zakat harta dan lain-lain sudah dikira terlepas daripada tanggungjawab? Adakah dengan mendermakan sebahagian daripada harta kepada mana-mana yayasan dengan tujuan memotong jumlah bayaran cukai pendapatan sudah dikira terlepas daripada tanggungjawab orang kaya? (kalau dibesarkan lagi skop ialah orang yang berduit). Apabila melihat orang miskin, kita hanya menyalahkan pihak pengurusan zakat kerana kita menyangka apabila kita sudah membayar zakat kita sudah terlepas daripada tanggungjawab membantu. Ittaqullah.....

@Seronok jadi orang berilmu? Seronok jadi orang pandai? Ya, bagi orang yang lupa diri memang akan rasa seronok. Dengan ilmunya, dia boleh mendapat jawatan tinggi. Dengan ilmu, dia boleh mencipta sesuatu yang berguna tetapi mengambil kesempatan memonopoli kekayaan hasil ciptaannya. Tetapi bagi orang yang sentiasa sedar siapa lah dirinya jika dilihat oleh Tuhan, dia akan sedar kepandaiannya haruslah digunakan untuk membantu masyarakat, mencegah kemungkaran, mengajak kepada kebaikan. Tapi apa yang berlaku sekarang, orang-orang pandai sekarang mengambil kesempatan menipu golongan yang tidak berilmu. Kepandaian tidak digunakan untuk tujuan baik, sebalinya untuk melakukan kejahatan. Ittaqullah.....

@Ada orang berasa seronok bila ada banyak masa yang terluang. Boleh berehat dirumah, berseronok-seronok, bercuti di luar negara, melepak membazir masa dan lain-lain. Ya, bagi orang yang lalai memang akan berasa seronok. Tapi bagi orang yang sedar, dia tahu bahawa masa yang terluang akan dipersoalkan. Maka haruslah dia menggunakan masanya untuk mengajak manusia kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Rasulullah sendiri selepas dilantik menjadi Rasul tidak pernah menggunakan masanya untuk berseronok-seronok. Tiada istilah "cuti" atau "masa kosong" dalam hidup baginda. Hidupnya hanya untuk menegakkan agama Islam yang suci ini. Tetapi orang sekarang, cuti-cuti dan masa kosong yang diperolehi tidak digunakan untuk memperjuangkan agama Allah, tetapi lebih suka menghabiskannya dengan menonton filem, bermain game, bercuti dan banyak lagi perkara-perkara yang disangka ada faedah. Apalah salahnya jika digunakan untuk menyeru manusia kepada Islam dan menjalankan amar makruf nahi mungkar. Ittaqullah.....

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Jadi bagaimana ada orang menyangka nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah ini adalah untuk berseronok? Paling tidak pun, kita selalu cakap "Allah dah bagi nikmat ni, kita kenalah bersyukur".

Bersyukur? Macam mana cara bersyukur tu? Kita sangka tak tinggal solat tu dah cukup untuk dikira bersyukur. Kita menyangka dengan melaksanakan amalan fardhiah itu sudah dikira bersyukur. Tapi kita lupa, turunnya nikmat kepada kita bermakna turunnya tanggungjawab sekali kepada kita.

Kita selalu kata kepada orang yang dapat nikmat jawatan, "ini adalah tanggungjawab"
Tapi bagaimana pula dengan nikmat kekayaan, ilmu, kelapangan, kesihatan, pengaruh, terkenal dan banyak lagi? Nikmat-nikmat lain tu takde tanggungjawab ke?

Ingatlah, semua nikmat-nikmat yang dikurniakan sebenarnya datang sekali dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang berat. Kita dah rasa "keseronokan" nikmat tersebut, kenalah rasa "kesusahannya" sekali. Ingatlah, " keseronokan di dunia adalah kesusahan di akhirat dan keseronokan di akhirat adalah kerana kesusahan di dunia."

0 comments: