Surau

Selepas Asar 8 Feb 09, ketika melangkah keluar dari Surau Al-Ikhlas selepas selesai menunaikan solat Asar, Imam surau tersebut memanggil nama saya. Pelik jugak. Bila dah bertemu dgn beliau, oh rupanya beliau ingin mengajak saya hadir ke ceramah beliau di surau As-Syakirin di Taman Tenaga BBBangi. Lebih kurang pukul 7.22 ptg, baru saya keluar rumah untuk menuju ke surau tersebut. Sampai saja di sana, kebetulan orang dah mula solat. Wah, agak penuh dan melimpah bilangan jemaahnya. Apa yang lainnya dgn penduduk kat sini tak tahulah. Bila saya selesai solat, saya pakai kembali cermin mata saya dan ketika itulah saya dapati bahawa lebih daripada separuh jemaah adalah bukan bangsa Melayu. Cina? Taklah, maksud saya kebanyakannya foreigner. Maklumlah, dekat dgn UKM. Barulah tak terkejut sangat. Nak tunjukkan betapa ramainya foreigner ni, pengumuman kat surau tu dibuat dalam dwibahasa. Dan ceramah ustaz yang ajak saya dtg tu pun ceramah dalam dwibahasa. Ceramah tadi pasal tafsir Quran. Well tu jelah nak cerita. Ingat tadi nak puji sikit org melayu ni tapi tersilap pandang pulak. Oklah. Salam

0 comments: