Nilai dan Harga

Nak tahu satu fakta tak? Percayakah anda jika saya kata lukisan termahal di dunia sekarang berada di empat kerja saya? Lukisan ni lebih mahal daripada lukisan Mona Lisa yang terkenal tu ! Tak percaya? Kalau tak percaya apa gunanya anda membaca blog saya kerana anda tak percayakan saya. Takpe nanti saya akan tunjukkan gambar tu.

Kepada yang takkenal lukisan mona lisa ni, saya tunjuk sikitla gambar dia, lukisan ni memang famous. Pada tahun 2006, harga dia USD670 billion! Bodoh tak org yg beli lukisan tu? Tapi tu tak pentingla. Saya dah tak pandang lukisan-lukisan mcm ni sbb kat tempat kerja saya ada lukisan yang lagi mahal dpd tu. Percaya tak?





Takpelah aku tahu korang tak caye. Takpe-takpe, nanti aku upload nanti baru korang tahu. Untuk menambahkan suspen lagi, kita cite bende lain dulu la. Tapi perenggan ni nak cerita pasal kereta mahal pulak la. Aku pilih kete bmw z3 e36-7 yang pernah guna dalam filem james bond goldeneye dulu tu. Walaupun rupanya mcm cacat sikit (gen2 lagi lawa belakang dia) tapi harga dia mmg takleh blah. Lebih kurang USD80 ribu. Kereta yang tinggi harganya dan tinggi nilainya. Weh, jap-jap, kalau nak kata nilai dia tinggi, emmm, rasanya tak. Tapi cube tengok gambar bawah ni plak.






Heheh, bukan nak kata kete ni boleh repair gune saletep tapi nak tanya la agak2 berapa harga yang boleh dijual untuk kete yg bersaletep tuh? Kita banding ngan satu lagi bende yang Allah dah tetapkan nilainya dan disebut dalam Al-Quran iaitu emas. Emas ni kalau bentuk dia mcm2 mana pun, dia tetap sama nilai dia. Kemek ke, elok ke, bentuk cincin ke, rantai ke, nilai dia tak berubah, tetap dikira ikut berat. Oklah citer pasal bende lain plak.




Aku pernah baca buku jutawan hartanah, Azizi Ali. Dia kata bisnes jual tanah ngan rumah ni plg best sbb harga dia stabil dan tak jatuh ikut keadaan ekonomi semasa. Emm. Tak jugak. Harga tanah kat Bukit Antarabangsa, boleh jatuh harga dia dari RMberjuta-juta kpd RM 0. Bukanla nak kata takde nilai tapi takde nilai yang mutlak. So kalau tanah ni sape yang tentukan nilai dia? Kita semua lah. Heheh. Tak faham? Semua bende yang ada kat muka bumi ni sebenarnya kita yang tentukan nilai dia. Beza "harga" dgn "nilai" ialah harga ditetapkan oleh penjual manakala nilai ditetapkan oleh pembeli. Jika pembeli menganggap sesuatu itu bernilai bagi dirinya, dia sanggup beli dgn harga tinggi. Tetapi jika satu dunia sepakat untuk tidak membeli sesuatu kerana tidak menyukainya, maka harga pun akan jatuh seiring dgn nilai barang itu yang jatuh. Sebenarnya ni antara tajuk kecil skop perbincangan usrah ana minggu lepas. Memang semua bende kat muka bumi ni takde nilai yang tetap. Kalau di sisi Allah takde nilai langsung!

Oklah, berbalik kpd lukisan yang saya maksudkan tadi. Nak tengok lukisan dia? Ni ha kat bwh ni.
Hahah. Ni saya yang lukis. Harga dia USD6,000,000 trillion. Well, I tell u that seller set the price. Walaupun takde nilai, tapi saya sebagai penjual, saya yang tetapkan harga. Hehehe. Kalau ada jugak yang nak beli boleh la call saya 013-345 1989

0 comments: