Perbincangan yang Agak Menarik

Artikel kali ni mungkin bersifat kepolitikan tapi kali ni bukan politik warung kopi yang berdebat pasal pemimpin yang masih guna keris time zaman moden ni ataupun pemimpin yang masih guna dacing time negara lain guna penimpang moden, tapi artikel ni ingin mengajak pembaca semua berfikir tentang situasi dunia masa kini.



Sebaik sahaja Dunia memasuki abad ke-21, dunia seolah-olah berubah. Kuasa Besar Tunggal Dunia, Amerika Syarikat mendakwa kita sekarang berada di dalam satu tamadun baru. Tamadun yang lebih moden. Dengan ideologi Kapitalis, dunia ini ditadbir dengan demokrasi kononnya dan dengan adil mengikut perspektif mereka. Dari segi fizikalnya pula kita boleh lihat teknologi berkembang dengan begitu pesat sekali. Dunia seolah-olah berubah menjadi planet lain dalam masa beberapa kurun sahaja. Perubahan meliputi hampir setiap aspek, pentadbiran, ekonomi, sosial, sukan, undang-undang, binaan, pengangkutan, perubatan, hiburan, pemakanan, kebebasan dunia tanpa sempadan dan banyak lagi kemajuan-kemajuan yang dapat dicapai oleh manusia-manusia yang mendakwa mereka bijak dan bertamadun. Kalau nak kira tempoh masa yang mereka (Barat) memerintah selepas kejatuhan Islam hanyalah 85 tahun (ketika artikel ini ditulis) sejak tahun 1924. Benarkah mereka ini benar-benar hebat?








Mungkin mereka kelihatan maju tapi untuk kata mereka bertamadun, sila FIKIR BALIK. Nak buat satu bende yang sempurna mungkin memakan masa yang lama tapi kalau nak buat bende yang ala kadar je, mungkin hanya memakan masa yang singkat seperti yang mereka berjaya
lakukan. Nak kata sistem pentadbiran mereka bagus? Sistem pentadbiran merekalah yang telah melahirkan ramai tokoh pemimpin bermasalah dan yang membuat masalah. Pemimpin-pemimpin yang dipilih melalui sistem kapitalis ini selalunya didalangi pihak-pihak yang melobi pemimpin-pemimpin yang dilantik dari belakang. Kerana itu kita lihat para pemimpin ini dipilih daripada orang yang paling tak layak sekali dari segi pemikiran mereka.




Dari segi ekonomi pula, sistem ekonomi kapitalis yang berteraskan riba secara jelas telah mendatangkan kesan buruk dari aspek ekonomi sendiri, sosial dan agama. Sistem riba ini telah menyebabkan golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin bertambah miskin. Apabila jurang ini perbezaan darjat ini semakin besar, kesan buruk dapat dilihat dalam masyarakar mereka yang mengamalkan riba. Bukan setakat itu, golongan kaya ini turut menjadi mangsa kepada senjata riba ini apabila pembayar tidak dapat membayar balik pinjaman. Ini telah terjadi kepada banyak institusi kewangan bertaraf antarabangsa yang teruk pada tahun 1939 dahulu dan sekarang ia berulang kembali sebagai contoh keruntuhan syarikat AIG baru-baru ini.




Dari segi sosial pula, kebebasan yang mereka suarakan mengikut pemikiran mereka sendiri ternyata telah menghancurkan sistem sosial mereka sendiri. Ingat, "ikan yang keluar dari air bukan bererti bebas". Kelahiran anak luar nikah yang begitu ramai, penceraian, dan banyak lagi krisis-krisis rumah tangga yang berlaku menyebabkan masyarakat mereka menjadi rosak. Ketua pejuang hak kebebasan wanita di Amerika yang dipimpin oleh seorang wanita Yahudi selepas perang dunia ke-2 telah melahirkan ramai golongan wanita yang melupakan tanggungjawab mereka sebagai pembantu ketua keluarga. Wanita-wanita ini kononnya ingin maju dengan mengambil tempat dan kerja lelaki dan melakukan apa sahaj yang boleh dilakukan oleh lelaki. Bila ini berlaku, kadar pengangguran lelaki (golongan yang sepatutnya bekerja) semakin bertambah kerana tempat mereka telah diisi oleh para wanita. Apabila pengangguran bertambah, maka jenayah pun akan bertambah.



Dari aspek penghakiman pula, dengan undang-undang yang digubal oleh mereka sendiri, ternyata kegiatan jenayah tidak dapat dibendung. Hampir kebanyakan jenayah hanya dihukum dengan penjara walaupun jenis jenayah itu berbeza-beza. Kuasa pengampunan bukan lagi pada mangsa tetapi pada hakim. Tak ke bodoh ni. Sesetengah penjenyah pula dibenar ikat jamin dan sesetengahnya didenda dengan wang sebagai menebus kesalahan mereka. Walaupun denda yang dikenakan itu tinggi jumlahnya, tetapi apa yang penjenayah itu dapat daripada jenayah mereka lebih untung dan tinggi nilainya daripada denda mereka.



Dari aspek lain, teknologi pengankutan, binaan dan lain-lain, walaupun mereka mencapainya dalam masa yang pantas, ternyata kemajuan mereka tidak mesra alam. Tidak seperti saintis-saintis pada zaman kemajuan Islam dahulu, mereka mengkaji setiap penemuan mereka. Tetapi pada hari ini, sesuatu penemuan itu dikaji baki-buruknya secara lebih mendalam hanya selepas penggunaannya sudah meluas. Telefon bimbit mampu merosakkan sel-sel manusia. Bangunan yang bahagian luarnya dipenuhi oleh cermin pula ternyata menjadi salah satu punca pemanasan global. Dalam bidang pengangkatan pula, memang sudah jelas ia mencemarkan alam sekitar. Penggunaan bahan-bahan kimia seperti pengawet, perasa dan lain-lain hanya disedari dapat mengancam kesihatan manusia selepas penggunaan bahan kimia tersebut sudah meluas. Patutlah diorang ni cepat je nampak maju sebab diorang ni buat dulu baru fikir.



Dalam bidang perubatan pulak takyah cerita lah. Penggunaan dadah secara meluas hampir dalam setiap ubat. Memanglah darurat tapi saintis Islam dulu, ketika penggunaan alkohol begitu meluas sebagai ubat pelali, saintis Islam tetap jugak nak cari alternatif yang halal. Sbg contoh kalau kita sesat dalam hutan, memanglah boleh makan bangkai sebab darurat. Tapi lepas tu kita kenalah cari makanan yang halal sedaya upaya. Takkan nak makan najis je guna alasan darurat. lagi satu, ubat yang guna dadah ini terlalu banyak kesan sampingan. Bukan setakat ubat, alatan hospital lain dan cara rawatan moden mereka ternyata mendatangkan begitu banyak kesan sampingan. Dan paling menarik seorang doktor sendir mengaku para doktor ini telah banyak membunuh pesakit mereka tanpa mereka sedari daripada menyembuhkan pesakit mereka. Nama doktor tu Vernon Coleman dan dia telah menghasilkan banyak buku berkaitan isu ini dan salah satunya ialah " How to Stop Doctor Killing You ".



Dalam aspek hiburan pula, kalau mereka dakwa mereka maju, mereka silap. Mereka mungkin hebat tapi tak berapa hebat. Hebat lagi Al-Farabi dan lain-lain. Golongan artis kini dipuja berlebih-lebihan sedangkan mereka tak layak dipuja langsung (kebanyakkannya). Hanya dengan suara lunak saja mereka ingat mereka hebat. Suara diorang boleh buat dunia maju ke. Lain la Al-Farabi sebab muzik dia boleh sembuhkan penyakit. Apa-apa hal pun sebenarnya golongan artis ni memang hina. Sebelum zaman Renaissance, golongan artis ni memang hina. Sebab tu kita tengok dalam cerita Phantom of The Opera, keluarga bangsawan memang tak suka kalau ada natara anak mereka yang berkahwin dengan artis. Waktu Rasulullah bersabda yang menyatakan golongan artis pada akhir zaman akan diangkat tinggi martabatnya, orang-orang dengar nabi cakap macam tu memang takleh bayangkan. Macam mana golongan yang hina menjadi mulia akhir zaman nanti? Pernah tak korang tengok model produk apa-apa lah macam model kereta ke, syampoo ke, pernah tak? Model ni menggunakan kecantikan wajah diorang untuk melariskan produk-produk tersebut. Samalah jugak macam artis, composer lagu buat lagu, then untuk melariskan lagu mereka diorang guna penyanyi-penyanyi yang suara ada kelas la kononnya. So bodoh tak orang-orang yang memuja artis ni. Kalau tengok income pun, artis la yang dapat komisen paling rendah. Kecualilah kalau artis tu dia yang compose lagu sendiri.



Kalau nak kata sistem yang diterma pakai diperingkat antarabangsa yang diketuai oleh Amerika Syarikat ni adil, jauh sekali. Jauhnya macam bumi dengan matahari kalau nak kira kelajuan jalan kaki. Dari aspek kekayaan, adakah hasil kekayaan bumi diagihkan secara adil? Tidak sama sekali. Negara kaya menjadi semakin kaya. Dahla kaya, membazir pulak tu. Dahla membazir, ada duit lebih lagi tu. Tengok, sampai tak tahu nak guna duit. Menghabiskan duit untuk menjelajah angkasa sedangkan banyak negara lain yang lebih memerlukan. Mereka yang menganggap mereka berkuasa dan bertamadun inilah sebenarnya orang yang paling tak faham maksud adil, saksama, hak, batil dan banyak lagi.




Apa yang berlaku di dunia sekarang ialah kerana apabila sesuatu itu tidak berada di tempatnya yang sebenar. Hak dan batil dicampur aduk. Keadilan disalah ertikan. Nafsu diutamakan. Si bodoh diangkat. Si bijak dibunuh. Si jahat bebas menuduh. Si baik pula hanya dihukum.







Jika anda rasa anda hidup dalam dunia yang maju, bebas, aman dan adil, anda silap! Dunia kita sekarang begitu rosak, tercemar, kotor dan tak bertamadun. Bagaimana anda semua boleh rasa bahagia, seronok dan lalai di atas bumi yang sedang hancur ini? Di akhir artikel ini ingin saya sentuh sedikit tentang pendidikan. Sistem pendidikan bodah yang ada sekarang telah menghalang manusia menjadi hebat seperti saintis Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu. Jika anda kata mereka tidak mampu membawa kemajuan seperti sekarang, anda silap. Mereka ingin kemajuan tetapi tanpa merosakkan alam. Kerana itu kajian yang mereka lakukan begitu lama tetapi hasilnya hebat. Orang-orang zaman sekarang tidak lagi mampu menguasai banyak bidang pada usia muda mereka seperti yang dilakukan oleh para saintis Islam dahulu. Sistem kehidupan sekarang menyebabkan mereka terlau sibuk untuk memikirkan perkara dan masalah lain. Masalah-masalah yang sengaja dicipta oleh Barat menyebabkan manusia sekarang begitu sibuk untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.



Manusia dibekalkan dengan banyak senjata-senjata dalaman. Antaranya semangat berjuang. Ke mana perginya semangat untuk berjuang para pemuda kita? Ke mana lagi jika tidak mereka bazirkan senjata itu ke medan sukan yang sungguh melalaikan. Sukan bukan lagi setakat untuk menyihatkan badan tetapi seolah-olah menjadi satu ketagihan yang menyibukkan manusia daripada perkara lain. Mereka ada senajata lain iaitu rasa cinta. Rasa cinta itulah yang menyebabkan mengapa para sahabat dan orang-orang Islam dahulu sanggup berperang dan berkorban. Rasa cinta kepada Allah, Rasul, Agama dan rasa cinta kepada umat Islam sendiri menyebabkan mereka sanggup berkorban. Tetapi senjata cinta itu tidak lagi para pemuda ini gunakan untuk tujuan mengembangkan Islam tetapi menggunakan senjata itu ke lembah yang hina. Bila satu senjata itu disalah guna, senjata itu akan menjadi perangkap yang akan membunuh tuannya sendiri. Nafsu yang dikurnaikan oleh Allah juga tidak digunakan untuk kebaikan. Anugerah akal tidak lagi digunakan untuk membezakan antara kebaikan dan keburukan tetapi fikiran yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada hamba-Nya telah digunakan oleh hamba-Nya untuk melawan Tuhannya sendiri.

Akhir kata, dunia sekarang tak seindah di mata.

0 comments: